My LiFe~

My LiFe~
My Part Timer, My Inspiration, My Health ^_^

Info

Dapatkan Set Shaklee anda disini
Wakil Shaklee anda di Bandar Penawar, Pengerang, Felda Kledang/Tunggal/Adela/Sening, Felda Air Tawar, Sg. Mas, Bandar Mas, Lok Heng, Waha/Simpang Waha/Easter.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Hubungi/email: ju_262_umi@yahoo.com

Wednesday, November 26, 2014

Info Penting: Kesan Asid Omega 3


Asid lemak Omega 3 mempunyai kesan positif ke atas kehamilan.

Peningkatan pengambilan EPA dan DHA didalam Omega 3, boleh :

  • mencegah kelahiran pramatang, 
  • mengurangkan risiko pre-eklampsia
  • meningkatkan berat kelahiran bayi.
Kekurangan pengambilan Omega 3:
  • meningkatkan risiko kemurungan ibu mengandung
  • jika pengambilan tidak dimulai dengan awal, gangguan emosi selepas lahir mungkin menjadi lebih buruk dan akan mula lebih awal untuk kehamilan seterusnya.


Promosi Omegaguard yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, Omegaguard
membantu:

  • perkembangan sistem saraf otak dan awal penglihatan bayi
  • membuat susu ibu yang penting untuk perkembangan bayi
  • memberi kesan positif ke atas pembangunan penglihatan dan kognitif bayi
  • boleh mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi
  • mencegah kelahiran pramatang


credit sebahagian info dari syasya syarin

Saturday, November 22, 2014

Cuba Teka:buaya ada lidah?

Hehe.. sebelum saya terangkan berkenaan tajuk diatas, saya nak tanya dulu.. benarkah lidah ada buaya? Kenapa ada pokok nama lidah buaya? Kenapa orang tua2 kata lelaki tu buaya daratan?

Meh jawab di bahagian komen. Boleh ajak kawan2 jawab. Mana tahu, boleh dapat sebotol untuk detoksifikasi badan.. Lai.. lai.. tawaran dibuka sehingga jawapan berjaya diperolehi (adakah buaya ada lidah? Beserta penerangan yang menarik dan mudah difahami)

All the best!


Monday, November 17, 2014

Sedekah subuh.. milik semua

saya pernah menceritakan tentang sedekah subuh ini pada entri sebelum ini.

Dijadikan cerita, saya membawa idea ini ke kelas Kemahiran Insaniah. Hehe.. mengajar subjek ini you... ;) tapi seronok ajar benda yang lain sikit dari bidang asal ini, kadangkala..

Ok dalam kelas tersebut terdapat beberapa pelajar india. Jadi, ketika terangkan tentang perkara ini, saya cuba menggunakan pendekatan umum.. Saya terangkan genap seminggu yang lepas.

Pagi tadi kelas kemahiran insaniah ini kembali lagi pada hari dan waktu yang sama. Saya pada mulanya ingin follow up berkenaan apa yang saya pinta mereka lakukan. Namun, dalam keseronokan berceloteh saya hampir terlupa, sehingga lah ada indian girl sebut pasal sedekah subuh ini.

'Puan, saya dah buat yang puan cerita minggu lepas. Saya rasa sangat gembira, puan.. rasa sangat seronok..' ok, saya minta beliau bercerita ringkas berkenaannya..

Kegembiraannya bercerita tidak tamat setakat itu.. Habis sahaja kelas, beliau secara perseorangan telah bertemu dengan saya..

'Puan, saya betul rasa sangat seronok.. harap puan ceritakan lagi pada mereka.. Puan nak tahu, pada masa pertama saya ingin memulakan sedekah saya ini, saya bakal memasuki pertandingan mural. Tapi saya betul2 tak tahu pasal mural.. xtahu nak lukis apa.. Pagi itu selepas saya meditasi - yoga (jam 5.00-6.00pg !), saya mula sedekah. Saya niatkan untuk orang-orang tua macam itu..

Puan nak tau? Itu harilah saya dapat naib johan untuk pertandingan tersebut. Saya memang sangat .. seronok.. Saya harap mereka pun dapat seronok seperti saya..'

'Sejak itu, saya ajak kawan-kawan serumah pun ikut sedekah sama.. saya memang macam ini puan.. kalau ada mereka yang lebih dewasa daripada saya beri tips, saya akan cuba buat.. kalau tidak ada kesan, saya akan tinggalkan.. kalau ada, saya akan teruskan.. tapi betul puan, saya rasa sangat happy.. rasa lain..'

Saya terharu.. bersyukur.. rasa betapa hebat dan pemurahnya Allah.. betapa tepati janjinya Dia.. siapa yang berusaha, dia akan dapat.. tentang Islam, saya memang harapkan saya ada peluang menarik semula tangan mereka kembali ke jalan yang diredhai..

Tentang sedekah subuh ini ya, ia bukan wajib.. tapi sekurangnya 1/23 orang yang telah mencubanya.. saya harap selepas ini, mereka akan terbuka hati untuk mencuba.. saya cuma sebagai penyampai.. terpulang pada diri sendiri.. Buat, dapat.. Xbuat, saya tidak rugi apa-apa.

Allah dan nabi memang suka pada mereka yang berpagi-pagi.. Mulai pagi dengan kebaikan. Inilah salah satu cara untuk usaha ke arah itu..


Monday, November 3, 2014

Penghidap Diabetes: Zinc..

Perjumpaan bersama ahli Permata Jutawan Shaklee, dari mok ke anok ke cucu ke cicit..

".. Sarah, Nutritionist Shaklee ada menyampaikan bahawa ada seorang Makcik ni penghidap diabetes, dia cuma konsisten dengan Zinc.. bila di follow up berkenaan Diabetesnya, makcik tersebut menceritakan suatu hari dia pergi majlis, terpijak kucing.. kucing cakar-cakar kaki dia.. bila dia balik dia tengok kaki dia cuma luka kering. Kebiasaan penghidap diabetes ini, pantang larang ialah luka. Kerana bila luka, luka tersebut lambat kering..

selepas itu makcik tu tanya, apa lagi yang sesuai untuk diabetes? Sarah pun bentangkan set untuk bantu penghidap diabetes.. hammbiiikk.. semua dia beli :) .."

Bila seorang dah merasa indahnya sihat, dia akan hargai kesihatannya tanpa berkira...

Ingin mencuba zinc Complex? cuma rm33.75 sahaja. Ada 120 biji! Ingin tahu lebih lanjut tentang Set Diabetes dan yang lain?

Hubungi 019-7344405 (Umi - Jue)
Atau sila inform / maklumkan sekiranya telah bank in ke:


Sunday, November 2, 2014

saya dah jumpa pengganti ttuuuttt..

Wah.. harini seronok dapat jumpa mok dan pangkat anak dan cucu .. hebat mereka semua..

Insyaallah .. pengisian tentang itu perlukan duduk yang ontok untuk menulis..

Entry kali ini hendak bercerita tentang..... tara..!!!

Reevo..!! Boleh la esok sarapan ini.. dengan roti sarang lebah kak rozy tuu.. alhamdulillah syukur bila berada di atas dan senyum walaupun berada di bawah..

Jom jemput cuci mata..

Harga ruc

Thursday, October 30, 2014

Pemilihan terbaik: Sumber Protein - ESP

Mengapa kita memilih ESP?
* NON - GMO : secara genetiknya tidak diubah. Bagaimana diubah secara genetik? Lihatlah sekeliling kita, buah ranum belum cukup masa, buah menjadi besar berbanding yang ori.. Contoh lain, tembikai. Kalau yang organik kecil je buahnya, biji hitam dan banyak. Buah yang kita beli tu..?
Kalau GMO, buahnya adalah besar, bijinya masih putih kecil-kecil.
*Shaklee punyai ahli botaninya tersendiri. Mereka mengkaji dan memastikan setiap kandungan tumbuhan adalah semulajadi dan berkesan.
*Glisemik Indeksnya rendah
*14g protein
*Tanpa Laktosa
*Tanpa kolesterol semulajadi
*9 jenis asid amino perlu. Badan boleh keluarkan sendiri 11 jenis asid amino yang lainnya. Asid amino berfungsi membantu menghasilkan sel-sel baru.
*mengawal paras gula dalam darah pada tahap yang sihat
*menyokong paras LDL
*membina kulit yang cantik dan berseri
*dengan pengambilan yang konsisten, ia mencukupi keperluan protein harian.
*Isoflavone - mengurangkan risiko kanser payudara dan prostat
*melegakan gejala menopouse
*mengandungi Phytohormone - menyeimbangkan hormon lelaki dan perempuan (tidak meningkatkan hormon terlalu tinggi)


------------- KETIKA KEHAMILAN ------------
Menyokong perkembangan bayi dalam kandungan
Menguatkan rahim ibu

--------------- SELEPAS KEHAMILAN ------------
Kalsium yang terdapat dalam ESP akan menambahkan kalsium dalam makanan dan ini akan meningkatkan penghasilan susu ibu.
Menjadikan susu ibu penuh nutrisi
Phytohormone didalam ESP akan menyeimbangkan hormon ibu.

*******************************************************
Nota daripada Health Talk
kredit: mok

019-7344495

Pembuka pintu rezeki: Sedekah subuh..

Pernah dengar tak sedekah? Pernah dengar tak subuh? Sedekah subuh? apa maknanya itu?

Sedekah seperti yang kita ketahui merupakan amalan yang dikatakan mampu untuk membuka pintu rezeki, di selamatkan dari siksa. Dan pelbagai lagi. Teringin nak cerita pasal ini, tapi saya bukan dalam keadaan arif untuk menceritakannya. Kita cerita pasal tajuk diatas lah ye? :)

Saya mula dengar perihal sedekah subuh ini melalui facebook. Dan saya betul-betul ralat kerana tidak pasti siapa yang memperkenalkannya. Moga Allah sahaja yang dapat membalas sedekah jariah yang beliau lakukan.

Ok.. sedekah subuh ini sama seperti sedekah yang lain. Pelaksanaannya macam kita buat simpanan. tu.. Cumanya kita lakukan selepas waktu Subuh. Dan beberapa ritual (ecewah) tambahan yang perlu dilakukan.. Banyak hikmahnya. Tapi biarlah yang alim menerangkan berkenaan hikmahNya.

Caranya: 

  • Sediakan satu bekas lutsinar. Tuliskan diatas kertas atau label pada bekas SEDEKAH SUBUH + NAMA ANDA.
  • Solat subuh dulu (pastikan waktu subuh ye)
  • Pegang duit yang ingin disedekahkan.
  • Niatkan apa sahaja keinginan / hajat anda. Jangan lupa untuk akhirat anda juga.
  • Isi sedekah. Isikan duit anda ke dalam bekas tersebut. Tak kisah berapa pun.Cuba kekalkan niat ketika bersedekah.
  • Hasil sedekah tersebut bolehlah anda buat makan-makan, tak kira lah fakir miskin ke atau mereka yang memerlukan. Mungkin boleh sedekah pada waqaf, jariah dan sebagainya.
Letakkan lah bekas tersebut didepan tempat solat atau mana-mana tempat yang mudah dilihat agar kita tidak terlupa untuk melakukannya tanpa putus. SEeloknya buatlah ketika belum syuruk. Jika terlupa, istighfar atas kelalaian dan gantikan pada ketika itu juga.. 

Jika kita tiada di tempat yang biasa kita solat, boleh je selitkan kat bahagian dompet yang kita takkan usik. Nanti bila dah balik semula ke tempat asal, bolehla masukkan je terus dalam bekas tersebut.

Selamat mencuba! Kepada sesiapa yang terbaca ini dan tahu siapa yang perkenalkannya, mohon komen di bawah ye! terima kasih / jazakallahu khairan kathira untuk insan ini. Banyak yang saya rasa .. Kalau bab Shaklee, order melimpah ruah.. Kalau bab kerja, hati lebih tenang dan kerja rasa lebih mudah walaupun ada kesukaran. Happy and enjoy!.. Dan macam-macam lagi.. depends la kan apa yang kita niat.. Dapat rasa kenapa dalam Islam tekankan niat dalam setiap perbuatan.

Niat mampu menarik aura tersebut. Kalau baik niat kita, baiklah yang datang, begitulah sebaliknya. Kerana itu, kita diajar buka mata (lepas terjaga), baca doa dan niat buat baaaaanyyyaaakkk kebaikan.. InsyaAllah Allah lorongkan jalannya.. 

Kalau sesiapa tahu link berkenaan tajuk ni dapat tepekkan link tersebut disini, suka sangat2!



Gambar hiasan. Gunakan bekas yang boleh nampak dalam.

p/s: saya mohon kepada yang sudah mencuba sama ada melalui pembacaan disini atau dari mana jua sumbernya, agar dapat menitipkan pengalaman atau rasa disini.. terima kasih in advance! 

Monday, October 27, 2014

Tips ketenangan antaranya...

Di satu sudut Allah menguji kita dengan perasaan yang berat.. namun, pada sudut yang lain di waktu yang sama, Allah datangkan keringanan, ketenangan, kepuasan, kebahagiaan yang amat..

Enjoy ur moment.. hidup terlalu singkat untuk mengenang sesuatu yang tidak bermanfaat.. ruuuugiii!!

Keep smile.. keep cool..

Salah satu tips ketenangan yang diajar dalam Islam:
Lupakan kejahatan orang lain pada kita, tapi ingatla kebaikan mereka pada kita..
Ingati kejahatan kita pada orang lain, dan lupakanlah kebaikan kita pada mereka..



Thursday, October 23, 2014

Bila kepala dah tepu

Assalamualaikum.. selamat pagi..

Sejak beberapa hari ini, banyak sangat perkara yang perlu dibuat.. sampai kepala dah tepu dah nak buat apa..

Hoho.. sebenarnya perkara tersebut boleh diatasi dengan 'memindahkan' ketepuan di kepala kepada ketepuan diatas kertas.. faham kah? dengana bahasa yang mudah, buat to do list.

Dalam PermataJutawan, kami diajar untuk membuat to do list ini setiap malam sebelum tidur. kiranya macam plan la.. ada dengar sepatah ayat yang berbunyi, perancangan yang batil akan mematahkan kebenaran yang tidak tersusun..

Jadi, walaupun batil itu dibenci Allah, tapi bila dirancang, Allah tetap izinkan rancangan mereka berjaya.Sesuai dengan Nama Allah Yang Maha Adil. Kerana itu kita perlu sentiasa cuba menyusun dan merancang hari-hari kita..

Itu satu hal, merancang. Satu hal lagi ialah melaksanakan. Haha.. Bab ni pun kadang-kadang kita lemah.. Rancang tanpa bertindak pun takkan memberi apa-apa kesan. Jadi, merancang dan melaksanakan apa yang dirancang. Kombinasi yang cun melecun. So, bila dah merancang. Cubalah kita bertindak mengikut perancangan. Fokus! Cuba elakkan perkara yang boleh mengalih perhatian kita (distraction). Susun masa. Bila ada waktu lapang (free), cuba buat perkara-perkara yang boleh membantu dan menyenangkan kita dikemudian hari. Contoh?

Contohnya, bila cuti:

i) kisar(blend) siap-siap bawang ke, cili kering ke, rempah untuk tumis ke. Kalau jenis suka makan nasi goreng pagi-pagi tu, bolehlah sediakan bahan tumisannya. (bawang merah + ikan bilis)

ii) sediakan makanan sejuk beku(frozen food). Siapkan ayam/daging/ikan yang siap dirempah. atau kalau anak suka makan nugget, cubalah sediakan homemade nugget.

resepinya secara detail, saya tidak dapat sediakan. tapi boleh diolah mengikut citarasa dan pengalaman sendiri.

- blend/kisar semangkuk isi ayam yang telah dipotong dadu.
- gaulkan bersama gula, garam, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah, kiub ayam.
- tambah sedikit tepung dan bentukkan ia.

resepi ni dah lama saya tak buat, insyaAllah, bila dah buat nanti saya cuba beri resepi yang lengkap. tapi sementara itu, boleh sahaja google resepi tersebut di internet ;)

atau buat sahaja yang kita pro. kalau pandai buat karipap, gentel siap2 karipap.. dan lain-lain :)


Insya-Allah, selepas ini, kepala dah tak terlalu tepu untuk fikir nak masak apa. masak je apa yang ada tu. hehe.. dan kalau masih banyak lagi yang ingin dibuat, buatlah to do list tersebut.


Sekian dulu tips yang ingin dikongsi bersama.. semoga ketepuan dikepala kita dapat dipindahkan ke tempat lain.. sebab banyak lagi perkara yang akan kita tempuhi dan perlu difikirkan.

Semoga berjumpa lagi!

ala-ala twister

homemade pastry burger
hasil bakar pastry diatas



Monday, October 20, 2014

Cod lokheng dan bandar penawar (felda adela)

Alhamdulillah.. semalam sempat COD barang shaklee untuk customer di lokheng.. dan bertemu pula customer dari felda adela/sening/kledang/tunggal di petronas bandar penawar untuk cod barangnya pula..

Letih..? hehe.. badan terasa jugala.. tapi kerana seronok dan suka dengan semua kerja saya ni, terlupa letihnya sekejap..

Time tu kita COD:
ESP shaklee
Shaker Shaklee
..
Bcomplex Shaklee 2
Zinc Shaklee 2
Lecithin 1
Alfalfa (K) 2
Ostematrix 2

Customer yang dari lokheng tu menetap di PErak, tapi masih sudi mengambil stok dengan saya.. terharu!

Sekian dulu coretan untuk hari tersebut.. jumpa lagi! semoga kita bahagia di dunia.. sejahtera di akhirat..

Saturday, October 18, 2014

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Jom kita alas perut dengan ESP.! Berbeza ambil dan tidak ambil ESP. kejap lagi nak mencangkul membersihkan lalang2 di belakang rumah. Kalau x ambil,bbadan rasa menggigil.. ape ye orang panggil tu.. tapi sebaliknya, badan masih bertenaga walaupun perut lapar.. hehe..

Sarapan belum boleh nak makan lagi.. jadi kita alas perut dulu yeh. Pilihan saya pagi ni, ESP + MEALSHAKES + SHAKLEE COLLAGEN POWER. Yummy!!

 Sesuai untuk mereka yang ingin berdiet. Tapi awas!! Bersedialah menerima kesan sampingan nya!!


Saya, pengedar sah shaklee anda seluruh Malaysia.
♥umi-jue♥
0197344405








Tuesday, October 7, 2014

Najis hitam berminyak?? ewww..!!

"Kalau tuan puan perhatikan selepas pengambilan phytocol, herblax, alfalfa, lecithin dan omegaguard.. najis akan hitam berminyak. ini kerana ia mencuci perut betul-betul. Flush outt semua yang tak elok melekat di dinding perut. Tambahan pula, lecithin memecahkan lemak tau. Ia akan jadi molekul2 kecil dalam badan dan dibuang melalui najis.

"Phytocol memang best sangat guna.. sebelum makan apa, makan dulu phytocol ni.. Ia akan sekat kolestrol jahat masuk badan.. Yelah.. takkan kita tengok sate, nasi lemak, rendang, sup daging tu kita nak bau je.. Boleh ambil, tapi telan phytocol dulu. Kemudian konsisten ambil alfalfa, herblax, omegaguard, lecithin sekali tau.."

Perkongsian sarah, pakar nutrisi shaklee masa jamuan raya shaklee tempohari.. haha.. tiba2 teringat makan daging terlekat lemak kat lelangit. kat tepi bibir.. kat jari2.. kat pinggan2.. kalau kat luar, (pinggan) tu boleh la kita curah dengan air panas.. tapi itupun ada lekat2 lagi.. apalah agaknya kat dalam badan kita ni ye?

Berhati2 dengan makanan berasaskan daging.. bukan xleh makan, tapi perlu bersiap siaga.. kerana ia boleh naikkan kolestrol jahat dan buatkan jantung tersumbat..

Cadangan produk shaklee yang boleh diambil untuk buang kolestrol jahat:
1. Phytocol - untuk sekat kolestrol jahat masuk badan
2. Lecithin/omegaguard - pecahkan lemak / emulsi lemak
3. Alfalfa/Herblax - bawa ia keluar dari badan (detoksifikasi)
4. Coq10Health - elak blockage pada jantung

PErcayalah.. ia akan flush out (buang semua) yang boleh merosakkan badan kita melalui najis kita nanti.. xde simpan-simpan.. yang lama2 pun boleh buang sekali..

*Ibu mengandung boleh ambil phytocol juga! :)

 Inilah bentuk phytocol ni.. ;)


Hubungi pengedar shaklee yang sah
019-7344405
umi - jue
 ju_262_umi@yahoo.com

Bila terasa...

Bismillah.. assalamualaikum..

Bila terasa lemah .. ingat Allah..
Bila terasa bahagia .. kenangla Allah..
Bila terasa sunyi .. yakinlah Allah ada menemani..
Bila terasa sempit .. yakinlah Allah sentiasa melapangkannya..
Bila terasa sedih .. yakinlah Allah yang rindukan rintihan kita..
Bila terasa perit .. yakinlah Allah ada penawarnya..
Bila terasa sakit terjatuh .. yakinlah Allah mahu kita cari jalan untuk bangkit..
Bila terasa kaki tersekat, buntu.. yakinlah Allah mahu kita cari motivasi untuk kita dan mereka yang lain..


Allah.. Allah.. Allah..

Mak ayah mama abah nenek yayi opah tokki semua sangat sayangkan kita.. kita tahu.. tapi kita kadang2 lupa yang Allah lebih menyayangi kita LEBIH dari insan2 tersebut.. Allah.. kalau insan2 itu kita dah terasa melayang2 dengan keindahan kasih sayang mereka, apatah lagi Allah...

Allah.. terbitkan rasa rindu cinta sayang kami kepadaMu..
Allah.. campakkan rasa takut dan gerun dengan kemurkaanMu..
hamba insan yang sering leka dan lalai.. dan sering meminta lebih2..
Ampunkan hamba... :'( ..


Monday, September 29, 2014

42 Kursus dalam Sehari??

Ha... best x ? best x? Karnival Kursus Pendek kini kembali!!!

Kolej Komuniti Bandar Penawar akan menawarkan kursus pendek yang akan jatuh pada 9 November 2014. Ketika ini pelajar sekolah pun sudah mula mencari-cari aktiviti yang boleh dilakukan bagi memenuhi masa terluang di akhir-akhir persekolahan.

Apa yang best lagi? Ia terbuka untuk semua peringkat umur mengikut kesesuaian kursus. Contoh, bagi kursus aircond, kita tak bukalah untuk kanak-kanak sekolah rendah ;) begitulah ceritanya...


Oleh yang demikian, kita tepekkan la kat sini senarai kursus yang bakal dijalankan ketika itu. Jika dilihat, di gambar tersebut ada diletakkan sekali nama person in charge bagi kursus-kursus tertentu beserta no telefon.

Jadi, tunggu apa lagi?? Dail segera!!!
 ---------------info tambahan-------------

kursus ini dijalankan selama lebih kurang 5 jam seperti waktu yang tertera dalam gambar dibawah. Ia dijalankan secara serentak di sekitar kawasan Kolej Komuniti Bandar Penawar. Selain itu terdapat juga aktiviti cabutan bertuah.

Yuran untuk hari ini cuma RM10 sahaja bg setiap kursus. Lekas call pic dan dapatkan tempat anda sekarang!  tempat sangat terhad!


Bagi mereka yang inginkan pengangkutan, boleh dipertimbangkan.. dan sila berbincang dgn PIC  setiap kursus. Teeima kasih! ;)











Saturday, September 27, 2014

Jom tanam herba di rumah!

Manusia dan tumbuhan tidak dapat dipisahkan.. ibarat irama dan lagu... aur dengan tebing..
Sumber oksigen kita perolehi daripada tumbuhan dan karbon dioksida yang kita keluarkan akan digunakan pula oleh tumbuhan.. simbiosis gitu..

Jom tanam... er..Tidak cukup tanah...?? Rumah perumahan...?? Rumah apartment...?? Tidak mengapa... kerana walaupun cukup tanah, tapi sebenarnya kita boleh gunakan pasu. dan pasu ini lebih mudah dikawal tanahnya berbanding kita tanam diatas tanah yang luas yang kadangkala terdedah dengan penyakit.. itu yang munculnya teknik fertigasi dewasakini..

Apa itu teknik fertigasi? Ia berasal daripada perkataan "fertilizer" dan "irrigation" iaitu, satu kaedah penanaman dimana baja yang lengkap akan diberikan kepada tanaman dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan tiris. Dengan teknologi ini, bekalan air dan nutrien yang mencukupi serta seimbang mengikut peringkat pertumbuhan pokok, ia akan mendapat kawalan yang lebih sistematik. Hasilnya, tanaman yang lebih sihat dan pengeluaran yang optimum dan berkualiti tinggi.

Ha.. itu fertigasi menurut website rtc. Tapi bukan saya nak ajar fertigasi.. istilah ini pun saya dapat semasa menjaga booth kolej, ada yang bertanyakan berkenaan kursus fertigasi (ketika dengar perkataan tu, memang blur.. hehe.. bila sebut balik pun tersilap) .. saya harap mana2 institusi yang boleh memberikan ilmu dan tunjuk ajar berkenaan fertigasi ini kepada komuniti agar dapat menghubungi pihak kami, Kolej Komuniti Bandar Penawar. OK2.. sambung topik sebenar..

Jika kita ingin gunakan teknik fertigasi, agak kos tinggi.. jadi, kita gunakanlah teknik ala-ala macam itu.. menggunakan tanaman dalam pasu.. diingatkan, tidak semua pokok boleh gunakan kedua-dua teknik ini.

Antara yang paling mudah untuk ditanam dan dijaga ialah, pudina, mulberry, daun sup, daun bawang, kangkung, serai dan macam-macam lagi tanaman herba. Cuma pastikan kita gunakan portion pasir yang betul (yang ini saya masih cuba memahami..)Apa yang paling penting, ketika semaian kita boleh letak dalam bekas kecil sahaja.. gunakan tanah pasir pun xpe, sebab ketika ini dia belum ada akar untuk menyerap zat nutrien..

Apabila dah semakin naik dan batang nampak kukuh, boleh dipindahkan ke pasu yang lebih besar dengan portion tanah (yang ini saya xberapa ikut, tapi pastikan ada baja-organik kalau dapat-, tanah bakar/humus, tanah biasa)..humus tu letak di lapisan tengah2 pasu (supaya tidakla menampakkan layu2 dan rupa paras nya yang tidak berapa comel tu..)..

Tunggulah sampai besar.. rajinkan menyiram, membelai, memberi baja. Oh, teringat cikgu pertanian yang terangkan hal ini pada saya, kalau boleh gunakan baja organik (boleh je buat sendiri-perut ikan+air basuhan beras+baki batang2 sayur yang tidak digunakan.siram pada pokok). kenapa kena guna baja organik? kerana tumbuhan herba kita gunakan untuk tujuan kesihatan.. kita makan.. kita minum.. jadi, bila kita gunakan baja kimia, ia akan diserap oleh akar tumbuhan.. maka? jadi, oleh kerana itu, elakkan langsung penggunaan baja kimia.

Bagaimana jika kita terrrrrr letak juga baja kimia sebelum ni? ok.. gantikan terus dengan baja organik, dan ia akan mengganti nutrisi.. tapi, mungkin bahan kimia tu dah jadi darah daging dia sikit.. jgn terlalu risau, berdoa dan mintalah pada Allah agar tumbuhan tersebut tidak akan memudharatkan kita..

Ok.. stop dulu tika ini.. jumpa lagi di entry akan datang.. terima kasih sudi baca bebelan saya.. hehe.. idea untuk diluah.. ilmu untuk dikongsi ^_^

Bayam

Dukung Anak

kangkung. daun sup. daun bawang. ulam raja. tomato ceri. cili padi.-masih baru lagi

Misai Kucing

Sambung Nyawa

Selasih atau basil

Sunday, August 3, 2014

Gla .. Gla....

Promosi Ogos 2014 Shaklee beli 6 percuma 1

Waduh2.. lepas satu.. satu.. promosi nya.. memang berkaitan dengan nak puasa.. nak raya.. nak cantik.. nak langsing.. nak sihat.. nak tenaga... hehe

Apa promosi kalini? Memang comey.. memang handsome.. GLA complex..

Apa itu GLA complex?

GLA atau nama penuhnya Gama Linolenik Asid berfungsi menstabilkan hormon di dalam tubuh kita. Boleh diambil oleh wanita mahupun lelaki.

Ia sangat membantu terutamanya mereka yang mempunyai masalah jerawat, menstrual, monopause syndrome, darah tinggi dan kencing manis.



GLA Complex mengandungi vitamin E yang asli. lagi tentang GLA complex.



"....Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas,suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan..." - kredit info dari fb Kak Cery Mamafaiz


Kelebihan dan Khasiat GLA Complex?
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopaus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangani ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolestrol
  • Untuk fungsi saraf

Apa anda tunggu lagi.. call lah saya untuk dapatkan harga secomelnya ini.. harga comel untuk Ogos ini.. harga biasa untuk hari biasa... ^_^


019-7344405 (umi-jue)


Tuesday, July 22, 2014

vivix shaklee.. hebatnya anggur ciptaanNya

Inilah rupa anggur mascudine. Memang berganda besar daripada anggur biasa. Kromosom terlebih membuatkan ia anggur super.. kandungan hebat vivix.



Kenapa kalau super? Antibodinya lebih kuat dan kesan manfaat kesihatan yang lebih..

Ia sangat sesuai utk mereka yang xmampu ambik supplemen dan minum air dgn banyak. Kerana ia sangat mudah diserap .. golongan orangtua, dewasa aktif, yg mempunyai masalah buah pinggang.

Ia juga sangat dicadangkan buat mereka yang mempunyai penyakit keturunan dan berhajat untuk memperbaiki dna mereka (rujuk rajah). Seperti diabetes, sle, dll.. serta penyakit pelik. Untuk pesakit kanser, ia berupaya merencatkan sel2 kanser.


Mereka yang ingin awet muda, amalkan ini dan anda 25tahun lebih muda..  sel2 anda diremajakan.. bila sel remaja, anda taula apa yang akan anda rasa ;) saya baru try separuh botol..  tp banyak perubahan :)



Ayuh, hadiahkan ia buat teman2, saudara mara, ibu bapa, nenek atuk agar raya kalini lebih bermakna.

Banyak lagi manfaat. Boleh pm untuk cerita lanjut.

Bekalan tenaga segera.

0197344405
♥ umi - jue ♥

Friday, July 4, 2014

travel, kursus, vitamin shaklee dan anda

Alhamdulillah kini berada di segamat.. pagi tadi bertolak dari rumah jam 4.. kelakar sikit sebab saya nak sahur otw.. tp xtau pulak kenderaannya terhenjut2.. dah la nak minum dari shaker.. betul2 buat aksi stunt.. mujur duduk kerusi belakang.. org xperasan.. hehe. .



Tapi sebelum tu dah ambil siap2 makanan2 ini.. kismis dan madu.. utk tenaga dan otak..


Alhamdulillah xpenat.. cuma kepala je tingtong sebab tidur gaya macam gitu.. 
Lepas kelas 9mlm tertidur sampai jam 10lebih..

Bangun, siapkan makanan utk suami.. lepastu prepare sikit utk kerja di segamat tu.. tidur semula 2-3am.. 3 dah bangun, siap2 g segamat..

Dalam van boleh la tdur tapi kejap2 terjaga.. lebih kurang 1j peruntukan masa tidur - bangun..


Serius skit kepala haritu.. terpaksa balik xlama lepas abis dinilai.. tdur kejap dalam setengah jam, dah kurang sikit sakit pale.. petang tu yang bestnya, kakak dan rakan sejawatan bawa g makan seafood utk berbuka! Dan balik buka, g jalan kat UO.. hehe.. tengah sale tu.. ! 

Sampai bilik jam 10 jg.. alhamdulillah badan tidaklah letih.. cuma kepala je ngantuk pula.. tidurlah sampai jam 6 baru terjaga. Hehe.. tp sempat pula tgk brazil lawan cameroon kot.. short form nya CMR..lebih kurang gitula.. hehe.. masih emo lagi rupanya tgk bola.. haha..jerit sorang2 ..




Pembelian Shaklee Secara Online!! eSell

Assalamualaikum.. berita baik!! anda kini boleh membuat pembelian barangan Shaklee secara online.

Ia adalah inisiatif pihak shaklee sendiri untuk memudahkan penggunanya membuat pembelian. Hanya buat pilihan dan klik. Selebihnya ia akan diuruskan oleh pihak shaklee sendiri.. Terbaik!!

Klik disini bagi kesemua senarai produk Shaklee!!

Mudah, bukan? ;) Kini anda tahu dimana ingin mendapatkan produk Shaklee ini..

Jangan lepaskan peluang untuk hidup lebih ceria, lebih bahagia, lebih sihat malah.. lebih bermakna! ^_^


Boleh hubungi saya
Pengedar Sah Shaklee anda
0197344405
untuk keterangan lanjut.

Vivix Shaklee - Mascudine

Bulan ini promosi vivix.. boleh pakat dengan kawan atau saudara mara mahupun jiran untuk bersama merasai hebatnya kurniaan Allah yang dicipta oleh ciptaan Allah jua..

Tahu apa itu vivix?

Ia terdiri daripada bahan bahan yang tertera di gambar ini..


Yang paling tertarik ialah anggur mascudine. semasa pergi ke bengkel nutrisi, pakar nutrisi menceritakan tentang kehebatan anggur ini..

Ia merupakan anggur liar. buahnya memang lebih besar daripada anggur biasa.. tahukah anda anggur ini, kalau nak tengok ia bagus atau tidak, kulitnya tegang.. licin.. bulatnya pun cantik.. sebab ia mampu membina antibodinya sendiri. begitu juga epal dan lain2..

Kenapa anggur mascudine?

-Pasangan kromosomnya extra.. Kalau manusia, kat tv tu kata mutan.. tapi kalau untuk buah-buahan, dia ada extra antibodi dan sangat baik, sangat special
-saiz lebih besar.

Hasilnya:
Fungsi imun lebih tinggi
Sifat antioksida lebih kuat
Lebih banyak polifenol dan resveratrol

Siapa boleh ambil?
Semua orang KECUALI wanita mengandung. kanak2 perlu tanya doktor.. Pesakit kronik, penyakit ganjil dan lain-lain amat digalakkan..


Info lanjut
Hubungi 0197344405
Teman shaklee anda

Penghantaran sekitar Bandar Penawar, Desaru, Lokheng, Waha, Air tawar, Kledang / Adela / Sening / Tunggal.

Serta khidmat penghantaran ke seluruh Dunia .. *caj pos adalah tanggungan pembeli.


Thursday, July 3, 2014

Salam Ramadhan dan Shaklee

Assalamualaikum.. alhamdulillah, bertemu kembali dengan kekasih hati yang julung2 kali je datangnya..

Salam ramadhan yang ke-5. Apa ibadah kita sepanjang itu? Bulan ini bukanlah bulan untuk rehatt je.. tido je.. atau lepak je.. tapi ia adalah bulan ibadah.. setiap kebaikan akan digandakan ganjaran.. Allah..

'Ajaibnya umat Islam... disaat bulan puasa, mereka lagi kuat..'

Oh ya.. bulan ni promosi vivix shaklee.. memang saya pun kebanyakannya beli time promosi.. so bila tgu promosi dia, stop dulu .. hehe..

Ramai penghidap diabetes yang makin berkurang bacaan gula dalam darahnya..
Ramai pesakit kanser yang survive setelah mengamalkan vivix..

Namun, segalanya adalah keizinan Allah jua.. Dialah Maha Penyembuh.. Kita hanya berikhtiar dan terus berusaha..

Sekian dulu coretan dari saya.. salam ramadhan.. semoga ramadhan kalini kita lebih bertenaga dan bersemangat.. sihat untuk ibadah.. sihat untuk keluarga.. :)


Salam sayang..

Dapatkan produk Shaklee untuk bulan Puasa / Ramadhan ini disini

Thursday, June 26, 2014

shaklee di putrajaya

Kami kini berada di putrajaya selama dua hari. Sebarang pesanan produk shaklee dan penghantaran secara COD bolehla dibuat segera..

Antara ready stok yang saya bawa seperti gambar dibawah.. andai ada permintaan selain ini, boleh order harini agar saya boleh dapatkannya untuk anda..

Selain itu: set pengurangan berat badan (kurus), kesihatan optimum pun ada..

Jom bertindak sekarang!  Ada sesuatu menanti anda.. ;-)


Kawasan lain boleh buat tempahan. Terus pos kepada anda ;)


0197344405
♥ umi - jue ♥

Wednesday, June 25, 2014

el nino dan jerebu shaklee

El nino .. jerebu..

Perisaikan diri anda dengan nutriferon..  ia membantu membina sistem imunisasi badan..  ia antara produk paten khas untuk shaklee. ...

Hindari hidrasi dan seimbangkan elektrolit dn ion dalam badan dengan performance drink ..

Banyakkan minum air kosong..  dan makanan bervitamin c. Sistem imun perlu dibina dari dalam..

0197344405

Anda di waha? Easter? Air tawar ? sungai mas .. bandar mas  ..  Kledang ..  adela .. sening .. tunggal .. pengerang .. bandar penawar .. desaru ? ..

Inginkan dapatkan shaklee?  Hubungi pengedar sah shaklee anda. .

0197344405
♥ umi - jue ♥
Pakar perunding shaklee anda

Monday, June 16, 2014

Mealshakes

Prebiotik dalam Meal Shakes


"Dan Kami naungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan kepadamu "Manna" dan "salwa". Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu. Dan tidaklah mereka menganiayai Kami, akan tetapi merekalah yang telah menganiayai diri mereka sendiri" - Surah Al-Baqarah ayat 57

Manna merupakan hanya satu bentuk Fibre 100% serat yang terlarut di dunia. Ia merupakan sebahagian dari tumbuhan yang tidak mengandungi kalori, vitamin atau mineral tetapi ia sangat membantu menghilangkan bahan buangan berbahaya dari badan.

Info menarik:
Epal telah diwar-warkan mempunyai serat pemakanan terlarut tertinggi dikalangan semua tumbuhan semulajadi, tetapi kajian telah membuktikan dengan kuantiti berat yang sama, didapati:
Epal – 2.3% serat terlarut
Manna – 86.6% serat terlarut.

100g susu lembu segar mempunyai 125mg Kalsium
100g Manna mempunyai 1117mg Kalsium.

* Di mana susu lembu segar MEMPUNYAI lemak dan kolestrol serta TIADA serat terlarut.
Manna (Buah penghidupan) MEMPUNYAI serat terlarut yang tinggi serta TIADA kolestrol dan lemak.

Banyak kajian saintifik keatas Manna mendapati ia sangat berkesan digunakan sebagai Prebiotik.
Satu kajian yang diterbitkan oleh Br.Jour.Nutrition 2008-March, membandingkan keupayaan Manna dengan Inulin sebagai Prebiotik. Kajian klinikal keatas manusia yang diberi Manna 10gm sehari dan Inulin 10gm selama 4 minggu menunjukkan pertambahan bakteria Bifidobacteria dan Lactobacilli termasuk Bacteroides didalam kumuhan najis lebih tinggi pada sample Manna berbanding Inulin. Ini bermakna Mannaadalah Prebiotik semulajadi yang terbaik dan paling mudah untuk Probiotik berkembang. Ia juga tidak merangsang bakteria bukan Probiotik.


Kredit Info: Julia Idris 

Prebiotik : adalah sumber makanan bagi merangsang pembiakan bakteria baik di dalam sistem pencernaan rendah yang memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan manusia yang dikenali sebagai Probiotik.

Probiotik : adalah bakteria baik yang hidup di dalam usus besar sejak manusia dilahirkan. Probiotik adalah penting dalam menjamin kesihatan tubuh bagi tujuan, merangsang sistem imun, menyah sisa makanan yang tidak boleh dihadam, menyah toksin dalam badan, menyingkir lebihan lemak dan menghalang pertumbuhan bakteria jahat. Dengan itu probiotik dapat menghalang tubuh daripada penyakit berbahaya seperti kanser, kegagalan buah pinggang, kencing manis, jantung dan lain - lain.
Kelebihan mengambil Prebiotik daripada Probiotik 
 Prebiotik Vs Probiotik


Kredit sumber: Ummu Ainan

Badan sihat. Otak cerdas.

Bolehlah dapatkan stok mealshakes untuk anak anda sekarang! Untuk mak ke ayah budak pun boleh. Tolong kurangkan sembelit. 


Harga RM113.75. 

Hubungi : Umi Jue 0197344405

Friday, June 13, 2014

Suplemen Shaklee untuk pesakit tiroid / thyroid

Saya dapat mesej dari kawan, dia pesakit tiroid.. sangat bahaya kalau tak dibendung.. jom kita kenali dulu apa itu tiroid.. artikel ni saya petik dari sumber dibawah..
apa itu thyroid?

Thyroid ialah organ yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon. 
Antara hormon yang terpenting ialah T3 (triiodothyronine) dan T4 (thyroxine). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia. 
Sel-sel thyroid adalah satu-satunya sel dalam badan yang boleh menyerap iodine yang diambil dalam pemakanan kita. Iodine ini akan bergabung dengan amino asid tyrosine yang kemudiannya akan ditukar menjadi T3 dan T4.
Dalam keadaan normal peratus pengeluaran T4 adalah 80% manakala T3 15%. Baki 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2 dsb. 
T3 dan T4 membantu sel menukar oksigen dan kalori kepada tenaga. T3 adalah lebih aktif daripada T4.T4 yang tidak aktif itu akan ditukar kepada T3 oleh enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan buah pinggang. 
Proses ini berlaku di organ-organ lain seperti hypothalamus yang berada di bahagian otak kita. 
Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi thyroid ialah TRH dan TSH. Hormon-hormon ini membentuk satu system yang kompleks.
TRH dikeluarkan oleh oleh hypothalamus. 
TRH ini menyebabkan pituitari mengeluarkan TSH. 
TSH pula akan menyebabkan thyroid mengeluarkan T3 dan T4. Oleh itu apa-apa yang mencacatkan salah satu proses di atas akan menyebabkan berlakunya masalah thyroid.
Siapakah orang yang berisiko mendapat penyakit thyroid
Antara orang-orang yang berisiko menghidap penyakit ini ialah :
PerempuanGenetik Mengidapi sakit pituitari atau endocrine yang lain Usia lebih 60 tahun
Merokok
Jenis penyakit thyroid
Ada 2 jenis sakit thyroid yang utama :  
1.Hyperthyroidism / Thyrotoxicosis
hyperthyroidism / thyrotoxicosis, hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :
Grave’s disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. biasanya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihanThyroiditis (tiroid bengkak). biasanya keadaan ini bisa pulih dengan sendirinya
Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan
Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:
Bengkak di leherDegupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debarGementar dan gelisah, terketar-ketarHaid tidak teratur, kurang atau tidak datangKesuburan turunPenumpuan kurangMata menjadi besar (bad moodKejang ototOesteoporosis (kereputan tulang)
Pengeluaran peluh banyak, bertambah.
Kulit lembap
Suhu badan naik, tak tahan panasRambut rontokSukar bernafasSukar tidurTekanan darah naikTurun berat badan walaupun selera naik
Lemah 
2.Hypothyroidism
Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup
Tanda-tanda orang yang menghidapi hypothyridism
Badan rasa lemah
Daya ingatan menurun
Hilang indera rasa dan bau
Kadar pengepaman jantung perlahan
Kulit jadi kuning – lesu, pucat
Kulit kering
Masalah kesuburan
Menjadi tuli, tinitus (telinga berbunyi)
Muscle cramp dan bengkak
Myxedema – cecair keluar ke kulit menyebabkan puffiness (terutamanya di muka) Pendarahan haid banyak (heavy period)
Percakapan lambat
Pertambahan berat badan
Rambut rontok
Rasa mengantuk
Rendah nafsu seks
Sakit kepala
Sembelit
Suara menjadi serak
Tak tahan sejuk
(sumber http://suplemen-thyroid.blogspot.com)

Bagaimana vitamin shaklee dapat membantu?
Untuk hypertiroidisme
energizing soy protien
1) ESP
- mengandungi protein soya yang mempunyai unsur-unsur estrogen
- kajian mendapati estrogen boleh menghalang pengeluaran hormon tiroid seterusnya mengurangkan paras hormon tiroid dalam badan
- ini berguna untuk pesakit yang mengalami hypertiroidisme iaitu terlebih hormon tiroid
** boleh menyebabkan kurang rembesan hormon tiroid jadi tidak sesuai untuk pesakit hipotiroidisme (kurang hormon tiroid)
Untuk hypotiroidisme
vitalea
1)  VITA-LEA IRON FORMULA
multivitamin yang mengandungi semua vitamin yang baik untuk pesakit hipotiroidisme iaitu iodine, vitamin A, D, E, B2, B3, B6, zink
- sumber iodine (kekurangan iodine adalah satu satu punca terjadinya hypotiroidisme)
- vitamin A, D menambah keberkesanan T3 (hormon tiroid yang aktif)
- vitamin B2, B3, B6 berfungsi dalam penghasilan hormon tiroid
- zink diperlukan dalam proses penghasilan tiroksin @ T4 (hormon tiroid tak aktif) dalam kelenjar thyroid dan proses penukaran T4 kepada T3 (hormon tiroid aktif @ tironin)
vitamin e shaklee
2) VITA-E COMPLEX
kelebihan vitamin E Shaklee ialah ia mengandungi 10mg Selenium semulajadi
- Selenium diperlukan untuk penukaran kepada T3 dan juga mengurangkan antibodi kepada tiroid (salah satu penyebab hipotiroidisme ialah autoimmune atau kehadiran antibodi terhadap sel tiroid dalam badan)
- vitamin E bersifat anti-oksidan (juga vitamin A dan C) yang melawan radikal-radikal bebas (kajian menunjukkan pesakit hipotiroidisme mempunyai tahap antioksidan yang rendah)
(sumber: http://healthnbeautysecrets.blogspot.com)

anak dan tips untuk mendapatkan zuriat

hehe.. memang menyeronokkan... mereka lah tempat kita merehatkan fikiran.. keletah mereka yang mengusik, benar2 mengusik jiwa.. mereka pelajar paling hebat.. sekali cakap dah dengar.. siap akan tegur kita.. baik yg diajar, seribu kali lebih baik dari kita jadinya.. begitu sebaliknya..

anak-anak benar permata berharga buat kita..

saya syukur dikurniakan seorang anak.. dialah tempat kami berdua mencurahkan segala perasaan.. saya syukur kerana Allah tetap beri peluang anak kepada kami walau kami sering lalai dan leka .. terima kasih, Allah atas segalanya... 3 tahun pertamanya bersamanya melihat membesar depan mata amat bermakna...

saya doakan.. mereka yang belum mendapat zuriat, akan dikurniakan zuriat.. sabarlah dengan ujian Allah.. namun sabar bukanlah kita biarkan aja ia follow with the flow.. tapi kita usaha dengan pelbagai cara..

begitu juga mereka yang senasib dengan saya, masih lagi seorang anak.. syukur dengan apa yang ada.. hargai dirinya.. usaha pun perlu ada.. semoga kita akan dikurniakan juga rezeki anak ..

jika ada yang tersinggung kerana orang tanya tentang anak, tolong jangan sedih atau terasa hati.. mereka benar-benar mengambil berat tentang kita.. dengan senyum ikhlas, mohonlah agar mereka mendoakan kita.. mana tahu, ada kalangan mereka yang doanya diangkat Allah..

teruskan bersedekah.. berilah apa jua bentuk sedekah kepada semua makhluk Allah.. senyum yang ikhlas itu pun sedekah.. senyum pada kucing.. senyum pada pokok... senyum pada laut.. senyum pada langit .. ^_^

banyakkan beristighfar .. istighfar antara yang sering disebut mereka yang alim antara membuka pintu rezeki .. cuba amalkan 100x sehari

banyakkan berdoa dengan hati .. hati yang penuh mengharap.. dan lafaz sebagai penguat kata.. doa dengan sungguh-sungguh..

ziarahi setiap kelahiran.. lahirnya bayi ada malaikat yang menjaga.. kita ziarah mereka dan bisikkan ke telinga bayi, doakan kita dapat zuriat ye? moga malaikat yang menjaganya akan turut mengaminkannya..

banyakkan amal, kurangkan perbuatan dan tingkah laku lagho (sia2, yang tidak ada manfaat) .. mungkin inilah masanya untuk kita muhasabah diri, menjadikan diri kita kepada yang lebih baik..

amalkan pemakanan yang baik dan halal.. antaranya madu, kismis, kurma.. dan pemakanan yang boleh bantu kita subur..

jangan lupa jumpa doktor ye.. bagi mereka yang lebih setahun tidak dapat anak, dinasihatkan untuk pergi berjumpa dgn doktor.. kerana zaman sekarang ni, potensi penyakit pelik menyerang semakin tinggi.. nak-nak kita yang perempuan (lelaki tak terkecuali ye) .. doktor ada sebut,cyst, fibroid, endometriosis dan macam-macam.. pergi je.. nanti pandailah doktor cari puncanya (digalakkan jumpa doktor pakar)

lepas tu kalau nak cari supplemen tambahan, meh tanya saya.. hehe.. #sayajualshaklee ..



019-7344405 -umi-jue-

Tuesday, June 10, 2014

Teks ucapan MC perhimpunan pelajar kolej komuniti

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Yang berbahagia ________________________ yang dihormati para pensyarah dan yang dikasihi rakan-rakan pelajar sekalian.

Bagi memulakan majlis pada pagi ini, semua hadirin diminta menyanyikan lagu negaraku, lagu Bangsa Johor, Lagu Kolej Komuniti dengan penuh semangat.

*lagu dipasang*


Terima kasih diatas nyanyian sebentar tadi. Bagi memberkati majlis, dijemput Saudara Elfie syah untuk menyampaikan bacaan doa..


-DOA-

Amin . amin . amin ya rabbal alamin. Terima kasih kepada saudara Elfie Syah diatas penyampaian doa itu tadi.

Bagi meneruskan lagi acara, dijemput ____(jawatan)_____ , Puan/Tuan ___________ untuk menyampaikan ucapan beliau.

Terima kasih diatas ucapan itu tadi..

Seterusnya, Majlis menjemput mana-mana pensyarah untuk menyampaikan ucapan atau pengumuman.


Terima kasih kepada semua pensyarah yang berucap.

Majlis diteruskan dengan persembahan daripada sap2. Dengan segala hormatnya dipersilakan wakil sap2 untuk menyampaikan persembahan.


Sekian dulu persembahan daripada kami. Semoga hari ini segala urusan dipermudahkan. Segala kekurangan datang dari kami manakala yang baik itu datang dari Allah..  sekian, majlis bersurai. Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum w.b.t.

*ia adalah cadangan teks. bukan skema jawapan atau panduan jawapan. terima kasih.
tertakluk pada tentatif majlis..