My LiFe~

My LiFe~
My Part Timer, My Inspiration, My Health ^_^

Info

Dapatkan Set Shaklee anda disini
Wakil Shaklee anda di Bandar Penawar, Pengerang, Felda Kledang/Tunggal/Adela/Sening, Felda Air Tawar, Sg. Mas, Bandar Mas, Lok Heng, Waha/Simpang Waha/Easter.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Hubungi/email: ju_262_umi@yahoo.com

Sunday, August 25, 2013

Kulit Cantik dan Berseri

Kenapa Shaklee perlu digabungkan antara ESP,VITAMIN C, VIT E dan Vit B-Complex?

Kenapa Vitamin Shaklee bersinergi Vit C, B-Complex, Vitamin E dan ESP?

------------------------------------------

Synergy (teamwork) is a major key when taking nutritional supplements.

Kenapa perlu ESP?
Energizing Soy Protein membekalkan kesemua asid amino penting di dalam badan.

Protein merupakan makanan kepada sel.. Daripada sel2 akan membentuk tisu, tisu membentuk organ manakala organ membentuk sistem.

  • Sel>tisu>organ>sistem

Jika sel mendapat makanan yang cukup, sistem badan kita akan sihat dan penyerapan nutrien akan berlaku secara optimum.

Bukanke tiap2 hari kita akan makan protein?
Ya, dalam kehidupan harian, kita tidak lari daripada makan protein iaitu daripada sumber daging, ayam, telur, tenusu.

Tapi tahukah anda melalui proses pemanasan, asid amino penting telah musnah?

Pengambilan protein daripada sumber haiwan yang berlebihan akan menambahkan risiko GEMUK kerana terdapat banyak lemak dan kolesterol pada haiwan.

Dengan pengambilan ESP, anda tidak perlu risau lagi kerana anda mendapat asid amino penting yang cukup.
ESP bukan sahaja bebas kolesterol malah low glisemic index iaitu memberikan tenaga berpanjangan tanpa meningkatkan paras gula dalam darah.

Pengambilan ESP akan membantu membaiki sel2 yang rosak dan telah mati dan menjadikan kulit anda lebih berseri dan bermaya.

Adakah pengambilan ESP sahaja sudah cukup?
Ya, jika anda seorang yang mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Tetapi berapa ramai?
Faktor hidup dan alam sekitar banyak mempengaruhi keperluan diet harian, tanpa sedar nutrien di dalam makanan telah musnah sebelum kita memakannya.

Gabungan Vit B complex, Vitamin C dan Vit E adalah sebagai antioksidan yang menghalang proses oksidasi yang disebabkan oleh radikal bebas iaitu musuh senyap kita.

Pengambilan sinergi Vitamin Shaklee bukan sahaja baik untuk jantung, malah juga bonus untuk mereka yang mementingkan kecantikan.

Proses penuaan adalah sunnatullah iaitu lumrah alam tetapi ada cara untuk melambatkannya..

Ia juga sebagai bonus kepada pasangan suami isteri iaitu bertindak sebagai penjagaan dalaman.

Banyak khasiat yang bakal anda dapat. Kenapa perlu tunggu? Bertindak sekarang sebelum terlambat.. =)


-----
Dapatkan ESP, B-Complex, Vitamin E dan Chew C anda hari ini

Credit: ummuainan
Berminat? Hubungi segera: 019-7344405
Atau boleh beli di mana-mana branch Shaklee dengan menggunakan ID Shaklee: 910246

Saturday, August 24, 2013

PEPPERMINT GINGER PLUS: Khasiat dan Kebaikannya

APA DIA PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE?

SEKILAS FAKTA PRODUK


Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.

Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan

Sumber : Shaklee Malaysia

PERBEZAAN SHAKLEE

Kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur dan dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini.


Secara klinikal sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya , gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman

APA KANDUNGAN YANG ADA DIDALAM PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE?

Peppermint-Ginger Plus merupakan supplement yang dihasilkan daripada kombinasi 4 herba yang sangat bagus untuk penghadaman. Peppermint Ginger Shaklee ini dapat
membantu mengurangkan risiko masalah penghadaman. Peppermint Ginger mempunyai banyak khasiat dan kebaikan kepada mereka yang mengamalkannya.

Apakah 4 herba yang terdapat dalam Peppermint Ginger Plus Shaklee? Apakah Khasiat herba tersebut? 

1. DAUN PUDINA

❁ Membantu dalam proses penghadaman
❁ Membantu mengurangkan mabuk laut/darat atau morning sickness
❁ Membantu mengurangkan sakit gastrik, pedih hulu hati, cirit-birit
❁ Membantu mengurangkan kesan sampingan daripada kimoterapi (muntah, hilang selera makan)
❁ Merangsang pengeluaran peluh - mengurangkan risiko demam akibat selsema
❁ Membantu menajamkan pemikiran agar lebih fokus

2. HALIA


❁ Merangsang rembesan enzim Salvia untuk mencernakan makanan
❁ Melegakan sakit perut
❁ Mengurangkan sakit senggugut
❁ Membantu mengurangkan loya atau mual akibat morning sicknesss
❁ Mengurangkan rasa loya dan ingin muntah selepas pembedahan

3. FENNAL (POKOK ADAS)



❁ Membantu menghilangkan kembung perut
❁ Melegakan kesakitan perut
❁ Membantu mengurangkan masalah alergi pada saluran usus



4. CEKUR MANIS (ANISE)



❁ Melegakan masalah pencernaan
❁ Mengurangkan kesakitan akibat haid seperti senggugut
❁ Merangsangkan rembesan jus gastrik untuk pencernaan
❁ Membantu memberikan peredaran tenaga di dalam badan 



SIAPA YANG BOLEH AMBIL PEPPERMINT GINGER PLUS?


  • Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
  • Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
  • Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
  • Mereka yang sering mengalami kembung perut
  • Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan
  • Baru pertama kali cuba saya dah teruja dengan product ini. Saya jamin anda tidak menyesal. Jika anda tidak suka halia dan ingin dapatkan khasiatnya, mungkin boleh cuba product ini.

PELBAGAI CARA MAKAN PEPPERMINT GINGER PLUS.

Ada dua cara untuk menikmati dan merasai khasiat Pepper Mint Ginger Plus Shaklee. Yang pertama boleh ditelan begitu sahaja dan yang kedua, yang paling aromatik, boleh campurkan 2-3 biji Pepper Mint Ginger Plus Shaklee ke dalam teh o panas. Sungguh nyaman dan melegakan. Anda boleh amalkannya 2 atau 3 kali sehari dan dengan izin Allah, masalah anda juga akan selesai.



Membantu penghadaman : Ambil 3 biji selepas makan

Mencuci usus dan perut : Larutkan 3biji PAPPERMINT GINGER PLUS dan 10 biji Alfalfa di dalam air panas suam untuk diminum

Merawat sakit atau masalah gastrik, nausea, batuk : Ambil 3-5 biji dilarutkan dalam air panas menjadi teh herba
Kelegaan tekak, batuk, sendawa : Hisap 2 biji
Melegakan morning sickness (bagi awal kandungan) : 1-2 bj sehari sahaja


Berminat? HUbungi Segera: 019-7344405
Atau boleh beli di mana-mana branch Shaklee dengan menggunakan ID Shaklee: 910246

Saturday, August 17, 2013

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate

 
Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang  terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.
 
Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah
  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan
Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
  • Dinding
  • Permukaan dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perkakas
  • Benda-benda diperbuat daripada kayu
  • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)
Tahukah Anda?
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan
Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
Periuk, besen dan pinggan mangkuk
Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air
Tingkap dan cermin
Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
Lantai
Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air
Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam

Perbezaan Shaklee
Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Chicken POx!!




Gambar menunjukkan tanda-tanda nak demam campak.. pagi tgk sebiji, malam dah berganda..


'oo.. ni chicken pox ni...'
'ha... yeke? eh.. afnan kena chicken pox la..~'
ohohoooo... saya tak tau kenapa saya bukan rasa sedih .. mungkin sebab antaranya saya & suami terus dapat detect awal.. balik je dari kerja (khamis, 15hb) terasa badan afnan dedar2, dan perasan biji tu mula2 tumbuh sebiji pada belakang cuping telinga dia, kini ada lagi satu tumbuh disebelah dia..

sebab masa tu baru 2 biji je yang tumbuh (kat kepala tak pasti time tu) .. antara lain, saya dah prepare awal2 untuk hadapinya.. ^_^ (terima kasih buat yang beri banyak tips & pengalaman) btul orang kata, bila kita dah sedia, apa-apapun nampak mudah..

balik klinik, terus cmpurkan sikit nutriferon dalam susu nya.. alhamdulillah, demam tak melarat.. cepat2 bancuh basic H2 (dua titik halus ke dalam bekas berisi air), dan ready kan herbal blend, letak dalam ni supaya mudah nak guna nanti..lotion yang doktor bagi, amat berguna time ni.. pantang je nampak biji tumbuh, terus letak..! oh ya.. ada cotton buds dalam set ni, tp ms snap ni, blum sediakan lagi.. :)



hari kedua:
di rumah mertua (mujur mmg time cuti lagi) dah tumbuh berganda2.. dalam 10-20 bj seluruh badan kecuali bahagian bawah lutut.. teruskan beri nutriferon (sachet yg sama masa hari pertama). sapukan lotion, dan bila nak lap, lap guna air biasa / air yang dah dibancuh.. masa ni tambah lagi air pada separuh bahagian botol biru tu.. basic H2 dah tak tmbah..

afnan memang takde merengek sangat.. main dgn terloncat2 dan happy (budak2.. sangat bahagia,kan >.< ) cuma malam tadi dia agak menangis. rasa sakit cucuk2 agaknya (sry, mama dah lupa rasanya mcmana. tp mama agak sakitnya mcm tu..) perut pun agknya blh rasa sakit2,kan?

pesan orang tua-tua,  
  • kalau goreng masak2, elakkan mereka berada dalam dapur..
  • beri air kelapa muda. ORI (hirup dari buahnya terus - tak letak dalam gelas/jug)
  • kurangkan aktiviti yang menyebabkan dia berpeluh - anginkannya.. kata mereka, lagi banyak berpeluh, lagi cepat tumbuh. rasanya bila berpeluh, mcm ruam, rasa gatal.
  • bila tumbuh biji, cepat2 letak lotion (klinik beri-seperti dalam gambar botol putih)

dah malam, makin banyak tumbuh.. makin banyak mama sapu lotion..

hari ketiga:
harini.. pagini, nampak ada yang dah hitam2.. mama tunggu je masa nak sapu herbal blend.. hehe.. untuk cepatkan pemulihan kulit & elakkan parut.. nanti bila dah boleh mandi, tak rasa pedih.

harini nak kemas2 tunggu kedatangan tetamu2.. kami tunggu tetamu jela nampaknya untuk minggu ini.. :)

insyaAllah.. biiznillah..wallahualam..

Monday, August 5, 2013

Saudara kami....

Assalamualaikum.. pagi ini ternampak gambar ni didinding saya...
memberi 1001 makna..




terus cari link doa qunut nazilah (sebab xhafal2 lagi..huhu..)
thanks UNIC tlg buatkan dgn cara senang hafal

video


Berikut adalah lirik lagu tersebut..


Ya Allah kami letakkan Kamu dibatang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka,
Ya Allah hancurkan kumpulan mereka
Ya Allah pecahkan pakatan mereka
Ya Allah leburkan pendirian mereka
Ya Allah musnahkan langkah mereka
Cengkamkan anjing2 Mu kepada mereka

Ya Allah.. Yang Maha Memaksa
Ya Allah.. Yang Maha Perkasa
Ya Allah.. Yang Maha Membalas.
ya Allah..Ya Allah.. Ya Allah..

Yang turunkan kitab
Yang gerakkan awan
Yang tewaskan tentera ahzab
Kalahkan mereka..Kalahkan mereka..Kalahkan mereka
dan menangkanlah keatas kami...

Al fatihah & surah Al-Insyirah buat mereka..