My LiFe~

My LiFe~
My Part Timer, My Inspiration, My Health ^_^

Info

Dapatkan Set Shaklee anda disini
Wakil Shaklee anda di Bandar Penawar, Pengerang, Felda Kledang/Tunggal/Adela/Sening, Felda Air Tawar, Sg. Mas, Bandar Mas, Lok Heng, Waha/Simpang Waha/Easter.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Hubungi/email: ju_262_umi@yahoo.com

Saturday, July 20, 2013

selamatkan...

Allahurabbi...
Engkau Yang Maha Pelindung..
Engkau Yang Maha Berkuasa..

Kadangkala..
diri ini tak mampu utk pastikan segalanya selamat
Dan sempurna untuk anakku
walaupun didepan mata sendiri..

Kerana itu,
kupohon perlindungan dari-Mu, kekuasaan-Mu..
selamatkan diri ini.. diri suami ku.. diri anak-anakku..
mak ayah ku.. mama abah ku..
adik2ku yang jauh & dekat..
kakak2, abang2ku...
dan seluruh umat yang ada kaitan mahupun tidak dengan diri ni..

Selamatkan kami dari sebarang kecelakaan..
Selamatkan dari sebarang kemudharatan..
Selamatkan kami dari sebarang kesulitan yang tak mampu kami hadapi..

Jangan biarkan kami keseorangan dari pandanganMU.
Jangan tinggalkan kami walau sesaat atau kurang dari itu..

Namun..
Andai apa yang telah berlaku..
Jadikan kami kuat untuk hadapinya..
Kerana yang berlaku bukan semata pilihanku..
Tapi pilihanMu..
Tenangkan hati kami..
Maafkan kelalaian kami..

Sabarlah wahai hati yang diuji :'(

-ummu afnan-
9.37 pm (20/7/2013)
www.facebook.com/umiju

No comments:

Post a Comment