My LiFe~

My LiFe~
My Part Timer, My Inspiration, My Health ^_^

Info

Dapatkan Set Shaklee anda disini
Wakil Shaklee anda di Bandar Penawar, Pengerang, Felda Kledang/Tunggal/Adela/Sening, Felda Air Tawar, Sg. Mas, Bandar Mas, Lok Heng, Waha/Simpang Waha/Easter.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Hubungi/email: ju_262_umi@yahoo.com

Saturday, December 14, 2013

Bangkai tikus 2 hari..!! Selamatkan rumah!!

Tempohari ada bau busuk kat rumah... cari punya cari rupanya bangkai tikus bawah almari! huwaaa.. time tu dah lah suami ada hal malam tu.. tikus tu dah beberapa hari mati.. sebab suami ada cerita yang dia cuba penyetkan tikus tapi cari belakang almari xjumpa-jumpaa.. 'dah lari kut' katanya... itu cerita 2-3 hari sebelum jumpa bangkai tu.. huwaaa... bayangkanlah, kan? dah berapa lama...


Tekak kembang je tengok tikus tu.. dengan bau yang sangat tengik dan hamis..  Masa ke hulu hilir fikir nak panggil sape nak buangkan tu.. dengan rasa tekak kembangnya.. afnan datang nak beri bantuan...

'mama, mehla afnan tolong buangkan..afnan berani'

Sungguh ke? mama pun geli nak oii.. takpela, kita tgk reaksi dia bila tgk tikus tu ye..

'mama! besarnyyaa!! mamalah buat!' bila afnan tgk bangkai tikus tu.. 

hihi...anak2 .. takpela.. bila afnan offer tu pun dah motivate mama.. mulut & hidung ditutup ala2 ninja.... terus mama kais guna batang penyapu.. penyodok sebagai penunggu bangkai tiba..

erhh.. nak tunggu bangkai tu dari kedudukan asal sehingga ke penyodok tu rasa macam dah sejam.. darah melekat di lantai yang berlaminate jenis kayu.. laminate pulak jenis yang tak rata... dapat bayangkan x??


geli + nak termuntah +  macam2 lagi rasa.. fikirkan kesihatan je sekarang ni.. sayangkan anak & diri.. gagahkan juga diri..

alhamdulillah sampai pun bangkai ke penyodok tu.. terus lari buang kat longkang depan. xfikir banyak dah, terus buang!


em.. step 2.. bersihkan!! hoho.. rasa macam nak nangis juga.. terpaksa korbankan 2 kain buruk untuk lap..

mujur haritu dah bancuh pencuci basic siap2.. dah lama bancuh.. dah lebih sebulan rasanya.. beberapa titik kedalam bekas penyembur + 2l air ..  dah guna banyak kegunaan.. lap meja makan, lap dapur, lap lantai (yang simple2).. kalini semburr kat tempat darah tu....

dah semburr.. lap..

lap2.... sampai yakin.. 

tapi ada bau lagi.. xlarat nak tolak almari segedabak tu.. mgkin ada bahagian yang tak nampak... ada breeze... sembur2.. ilangkan bau...

Alhamdulillah.. dah lepas 2 malam.. bau dah xde..

Tapi kena tunggu jugak encik suami untuk tentusahkan memang tak de pape.. ;)


Saturday, December 7, 2013

Cantik dan sihat bersama Collagen Shaklee & Vitamin C

Alhamdulillah.. segala pujian hanya milikNya,.. hanya untukNya..

"..alhamdulillah.. ambil 4 kotak SCP straight, memang rasa lain.. kalau dulu ambil on-off-on-off.. kalini nekad nak straight.. alhamdulillah.. 

-rambut sangat lembut... dan makin kuat.. suka dah nak urai2 rambut sendiri.. 
-bahagian badan makin cantik.. suami pun selalu tertanya2 kenapa blh jadi mcm ni..
-kulit terasa lembap
-sendi2 terasa smooth
-jeragat memang sangat teruk.mgkn sbb keturunan juga rasanya.jd,jeragat masih ada. cuma sangat berkurang dan kulit muka makin ceria, xkusam


memang berbaloi2.. berat? kalau org kata kolagen menggemukkan badan, berat masih maintain, malah terasa ringan walau badan menggebu..

sekarang ni saya amalkan vita-c sahaja.. untuk meneruskan pembinaan kolagen secara semulajadi . InsyaAllah, ada rezeki saya akan ambil SCP, tp on-off pun dah xkisah.."

alhamdulillah.. kita berusaha & berdoa.. Allah sebaik2 penentu.. kalau customer ini teruskan 8 kotak terus, insyaAllah.. sikit lagi nak capai targetnya.. memang ada perbezaannya kalau kita fokus utk repairing system.. lepas dah repair, tinggal maintain jek  dalam nak maintain tu kena tau apa yang sesuai..

wah.. sangat berbaloi!!!

nak jugak? meh PM.. calling2.. SMS2.. konsult percuma2 lepas pembelian 

019-7344405




Friday, November 29, 2013

USAHA TANGGA JAYA

[Senangla awak... dah senang.. dah berjaya.. dah kaya..]
Diskusi panas sepanjang perjalanan pulang.. hehe..
Topik dah sering dibincang di group2 jutawan yang saya sertai..

Yup.. memang seronok tgk orang berjaya.. kadang macam jeles.. kadang macam teringin.. tapi kita sering terlupa, disebalik kejayaan mereka ada liku2 yang mereka lalui.

ada jurang dalam yang mereka perlu rentasi dan ada lautan airmata yang mereka perlu hadapi..

kita selalu nak dapat berjaya tu, nak dapat kaya tu, tapi takmau rasa susah dulu,kan?
aiyoo...

macam tula yang kami2 gugirl bincangkan (heheh).. Alhamdulillah, kami diterima dalam sektor awam. tapi sebelum dapat masuk, macam2 yang kami kena hadapi, kena lalui, kena rentasi.. tapi kunci utama BUAT. usaha.

pendek kata, kalau nak berjaya perlukan usaha. kena start. kena buat. dapat tak dapat tu lain cite..

contoh, sebelum dapat tawaran kenala apply,kan? buka website, isi borang, update info.. dipanggil interview jarak jauh..
lagi sekali, ada yang kena ulangalik putrajaya 2,3x selama 2,3 tahun.. gi putrajaya tu ada sekali berdua dengan anak je naik bas balik kampung, ayah kat kampung gi hantar g i/view..

last sekali, orang2 dah xberapa bagi support (yela, dah 2,3x kali kan xdapat pape), mujur masih ada parents kat kampung yang masih ada faith.. pergi juga. nekad. suami pun tgh master, kena buat present ke assign.. tp xdapat attend. kena tolak markah & jejaskan sikit pointer.. dah smpai putrajaya, kena pulak tunggu dalam keta, berlenggeng kerimasan anak dalam keta..

minta doa daripada mereka yang sebelum ni kita belum minta doa..

alhamdulillah... dapat juga masuk gov.. tu pun mula2 dapat surat, sebagai calon simpanan.. alih2 dapat posting tmpat dekat..

hm.. bila fikir2 balik, macam2la dalam fikiran ni.. hehe..

banyak lagi contoh.. cuba jeling2 mereka disebelah anda.. jeling bukan jeling kosong.. tapi jeling dengan niat tgk kebaikan yang boleh kita apply

all the best. dream big.work big. er.. hehe

Thursday, November 28, 2013

Kesihatan Rumah: Peluang Anda!





Fresh Laundry Concentrate

Formula Semulajadi untuk Pakaian Yang Lebih Bersih
Dapatkah anda bayangkan betapa seronoknya jika hasil cucian kelihatan putih, bersih dan berbau harum?. Kini, Fresh Laundry akan memberi anda nikmat kesegaran yang lebih lagi. Rumusan enzim semulajadi ini bukan sahaja berkesan untuk membersihkan pakaian, malah juga tidak meninggalkan sebarang kesan buruk terhadap bumi. Selain terbau keharuman pakaian yang dicuci, anda juga mampu menghidu udara yang bersih dan nyaman.

Tahukah Anda?
Kebanyakan serbuk pencuci mengandungi bahan perengsa yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan dan mengakibatkan reaksi alahan. Triethanolamine dodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu sejenis bahan perengsa yang disenaraikan oleh EPA (Pertubuhan Pemuliharaan Alam Sekitar Amerika) sebagai bahan berbahaya. Bersentuhan dengannya mampu menyebabkan kerengsaan atau kesan terbakar pada kulit dan mata manakala sentiasa terhidunya pula akan merengsakan hidung, kerongkong dan paru-paru seterusnya membawa kepada masalah batuk, asma atau sesak nafas. Kulit yang bersentuhan dengannya akan menjadi kering, gatal dan mengakibatkan masalah alergi kronik dan ruam.
Fresh Laundry Concentrated tidak mengandungi bahan-bahan tersebut mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Perbezaan Shaklee
Selamat
  • Hipoalergenik
  • Tanpa Klorin
  • Sesuai digunakan untuk semua fabrik yang boleh dibasuh
  • Tanpa bahan kimia berbahaya

Berkesan
  • Berkepekatan tinggi
  • 1 aun sudah memadai untuk cucian muatan sederhana
  • Keberkesanannya yang sama dalam semua jenis suhu, sama ada air sejuk atau panas
  • Menjadikan pakaian putih lebih putih dan pakaian berwarna lebeoh cerah berseri

Mesra Alam
  • Ramun Semulajadi yang mesra alam
  • Surfaktan bersifat biorosot
  • Tanpa fosfat, borat dan nitrat
  • Tanpa bahan perwarna
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Basic H² Organic Super Cleaning Concentrate

Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.

Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah
  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan

Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
  • Dinding
  • Permukaan dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perkakas
  • Benda-benda diperbuat daripada kayu
  • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)

Tahukah Anda?
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.
Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.


Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan
Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

Periuk, besen dan pinggan mangkuk
Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air

Tingkap dan cermin
Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

Lantai
Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air

Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam

Perbezaan Shaklee
Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin

Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama

Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Dish Wash Concentrate

Handal Menanggalkan Minyak pada Pinggan Mangkuk dengan Cucian Tangan
Jika kami sering mengatakan yang Pencuci Wangian Pinggan kami lembut pada tangan dan mesra pada alam sekitar mungkin anda berfikiran yang ianya tidak mudah menanggalkan kotoran pada pinggan mangkuk anda. Tetapi percayalah, anda hanya memerlukan beberapa titisan untuk menanggalkan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda.

Get Clean Dish Wash ternyata:
  • Lembut pada tangan
  • Semulajadi, berasaskan tumbuh-tumbuhan
  • Tahan lama kerana kepekatannya
  • Menjadikan pinggan bersih berkilau
  • Hanya beberapa titisan dapat mencuci timbunan pingan mangkuk di dalam sinki

Tahukah Anda?
Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan yang berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti Diethanolamine dan sodium dedecylbenzensulfonate. Kedua-dua kandungan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.
DishWash Concentrated tidak mengandungi bahan-bahan tersebut mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Perbezaan Shaklee
Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa bahan kimia berbahaya

Berkesan
  • Amat berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Formula pekatan yang hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
  • Buih Sabun yang lebih tahan lama

Mesra alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Soft Fabric Concentrate

Melembutkan Pakaian
Pekatan Pelembut Fabrik (Soft Fabric Concentrated) yang berbau harum ini jauh lebih berkesan daripada produk lain dalam mengelakkan pakaian daripada berkedut atau melekat pada badan akibat kesan statik. Dengan rumusan kepekatan tinggi, ia bukan sahaja lebih menjimatkan malah anda dapat merasai perbezaannya dengan sentuhan.
  • Berkepekatan tinggi iaitu 32 auns berupaya melembutkan 64 cucian
  • Melembutkan, mengurangkan kedut dan mengawal pelekat static dengan semulajadi
  • Mudah dibawa, dituang dan disimpan

Perbezaan Shaklee
Selamat
  •  Tidak bertoksik
  •  Sesuai untuk semua jenis fabrik yang boleh dibasuh
  •  Tanpa bahan kimia berbahaya
  •  Tanpa gas beracun
  • pH yang seimbang

Berkesan
  • Berpekatan tinggi – bagi 64 cucian
  • Hanya ½ aun diperlukan untuk setiap cucian
  • Kurangkan kedutan dan kesan statik
  
Mesra Alam
  • Ramuan Semulajadi
  • Tanpa Fosfat
  • Tanpa bahan perwarna
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentangan

Petua berguna
Gunakan Pekatan Pelembut Fabrik untuk cucian dengan mesin basuh. Ia boleh menjadikan pakaian lebih lembut berbanding sebelumnya dan mengelakkan pakaian daripada berkedut atau melekat pada badan.
Ujian prestasi tersebut dijalankan pada 20hb Jun 2006 dan hanya sah terhadap produk tersebut yang dipasarkan pada masa itu.

Thursday, November 7, 2013

Kandungan VIvix


 Entry kalini kita cite betul2 pasal kandungan vivix ni ye :) untuk citer lain2 boleh rujuk 'vivix' pada label sebelah kiri anda.. :) seperti, apa fungsinya.. apa kaitan vivix dan resveratrol.. apa itu resveratrol, bagaimana kandungan vivix boleh bantu merawat penyakit keturunan serta penyakit kronik seperti sakit 3 serangkai..

ok, back to business ^_^... jom citer kandungan vivix..

Rajah menunjukkan bahan yang terkandung dalam Vivix





haa.... terpikat x?hehe.. time baca & buat entry ni pun dah sangat2 teruja.. teringat masa bengkel produk.. memang best Vivix ni.. semoga kita semua mendapat manfaat terbaik yang Allah izinkan.. jom join sementara kita boleh menikmati harga promo nih! ^_^

019-7344405

Monday, November 4, 2013

Vivix: Promo kembali lagiiii ~ ^_^



wah... bulan ni promo vivix datang semula... weeee.. suka.. time promo nila, kami (malah,) distributor pun berebut nak buat stok sendiri / pas pada customer.. untk baiki sel-sel yang rosak, menyahtoksin toksin yang berkarat dalam badan..

apa ada dalam vivix? banyak nak dicerita.. insyaallah, di lain entry.. ataupun, boleh lihat di entry-entry sebelum ni berkenaan vivix :)
http://www.farhainiah.blogspot.com/search/label/Vivix%20Shaklee

daa... jumpa lagi di lain entry.. dan.. yuk! dapatkan set vivix anda harini daripada saya..
time promo, dapatkan harga junam tiruk dari saya, plus, konsultasi secara percuma sepanjang pembelian dengan saya ^_^

019-7344405

Friday, October 25, 2013

Tawaran Kemasukan ke Kolej Komuniti Bandar Penawar : Ambilan Sesi November 2013



Assalamualaikum..
Nak beritahu satu berita gembira buat mereka

  • Warganegara Malaysia
  • LEPASAN SPM. 
  • masih mencari pekerjaan (apa jua status sijil / diploma / degree)
  • ingin menambah kemahiran
  • ingin mencari pengalaman

Kolej Komuniti Bandar Penawar menawarkan Sijil (Lulus SPM)
  • Sijil Aplikasi Perisian Komputer
  • Sijil Penyelenggaraan Bangunan
  • Sijil Akauntansi (Lulus SPM & 1 kredit mana-mana subjek & Lulus Matematik)
  • Sijil Teknologi Pembinaan (Lulus SPM & 1 kredit mana-mana subjek & Lulus Matematik)

Disamping itu, bagi mereka yang tidak LULUS SPM, terdapat Sijil Modular yang masih ditawarkan di KKBP ini (Ambilan Januari 2013) : 
  • SMK yang dibuka: Sijil Penyelenggaraan Bangunan- Elektrik, Kimpalan Arka & Gas, Kemasan Bangunan Sijil Aplikasi Perisian Komputer- Sijil Pembangunan Aplikasi (jAVA) Sijil Pembangunan Sistem Berasaskan Web S. Pengoperasian Perniagaan- Sijil Pengendalian Pejabat & Pemasaran
    • keterangan lanjut, blh berhubung dengan Unit Pengambilan Kolej Komuniti Bandar Penawar

Ambilan November 2013 Dibuka sekarang.
Laluan ke Politeknik -> Universiti IPTA/IPTS
Laluan kerjaya ke sektor awam/sektor swasta/bekerja sendiri..
Kelebihan lain:Lokasi KKBP di Bandar Penawar yang berada di tengah-tengah kawasan yang sedang membangun (Desaru & Pengerang). Pembangunan ini memerlukan tenaga buruh yang banyak dari pelbagai sudut.
Kami juga berusaha kearah menyediakan lulusan berkemahiran untuk bekalan komuniti setempat.
Tarikh pendaftaran: 29 Oktober 2013 (sebarang pertanyaan berkenaan pendaftaran boleh diajukan)
Untuk keterangan lanjut, hubungi 019-7344405 / Unit Pengambilan KKBP


Kenapa berita ini dikatakan gembira?


Kerana ia merupakan laluan alternatif ..

Laluan ke Politeknik -> Universiti IPTA/IPTS
Laluan kerjaya ke sektor awam/sektor swasta/bekerja sendiri..

Dan yang bestnya, KKBP ini berdekatan dengan Pengerang & Desaru yang SEDANG membangun. Mereka memerlukan tenaga buruh dan berkemahiran. KKBP berusaha menyediakan tenaga berkemahiran bagi sektor-sektor yang memerlukan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Program-program yang ditawarkan:
http://www.kkbpenawar.edu.my/lamanbpenawar/


Tambahan, KKBP juga menyediakan kursus-kursus jangka pendek (min 5 jam). Kursus yang diadakan terdiri daripada:

  • Bahasa
  • Bangunan
  • Grafik & Multimedia
  • Hospitaliti & Pelancongan
  • Jahitan & Pakaian
  • Katering & Sajian
  • Kecantikan & Dandanan
  • Kenderaan & Automotif
  • Kerohanian & Keagamaan
  • Kesenian & Kebudayaan
  • Komputer & Teknologi Maklumat
  • Kraftangan & Hiasan Dalaman
  • Pembangunan Diri
  • Perniagaan & Keusahawanan
  • Program Industri
  • Kursus Profesional

wah.. banyak,kan benefitnya? untuk keterangan lanjut berkenaan kursus pendek, boleh layari: http://www.kkbpenawar.edu.my/lamanbpenawar/index.php/takwim-kursus-pendek-2013-2


Pilihan ditangan anda.. ^_^

Juainiah Umi Binti Abu Bakar
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi 
Kolej Komuniti Bandar Penawar


atau hubungi 07-8225800 (sambungkan ke Unit Pengambilan)

Wednesday, October 9, 2013

Stress ketika mengandung versi Shaklee


Entry saya dalam post di FB saya :)

Teringat semasa bengkel produk, pakar nutrisi Shaklee pesan, untuk ibu mengandung bagi B-complex bagi elakkan stress. 'Telan banyak pun xpe' selorohnya bagi membuktikan produk ini memang selamat (ni ayat bikin telinga panas.. hehe). Bcomplex penting untuk fungsi adrenal dan imun yang sihat, membantu mengawal hormon


Tapi betul, kadang2 bukan tak baca doa, tak baca surah, xberzikir.. tp kita ni selalu tak istiqamah, ada kebanyakan masa memang down.. memang perlu support dari luar.. tp luar pun kadang2 tak mampu nak bantu kita setiap masa.. jadi, kita ambil sesuatu yang boleh kita kawal sendiri.. dan bila dah tenang, jangan lupa ingat Allah.. time ni (tenang & senang) kita build up hubungan kita dengan Allah..

InsyaAllah, lepas dah pandai jaga hubungan dengan Allah, tak perlu telan Bcomplex selalu dah..hehe..

Cuba lah ^_^ .. opss.. ni bukan untuk ibu mengandung sahaja, tapi boleh diamalkan umumnya, dari pelajar sampailah ke warga emas  ^_^

Harga pun memang mampu milik. Yang paling best, terjamin selamat, semulajadi, bioavailability yang tinggi, berkesan dan halal :)


Fungsi lain B-complex:

- tukar makanan kepada tenaga: bantu penghadaman, tukar lemak, karbohidrat & protein kepada tenaga -> kurangkan masalah keletihan & kelesuan.
- melawan tekanan.
- bantu tumbesaran yang sihat dan normal bg bayi & kanak-kanak.
- baiki masalah kulit kepala & rambut.
- kurangkan masalah letih mata, cegah katarak, tingkatkan kualiti penglihatan, perkasa memori & daya pemerhatian/fokus.
- cegah anemia.
- redakan senggugut.
- cegah perlcche
- detoks

Jom PM kita jika berminat
@ SMS 019-7344405
ID Shaklee : 910246

Tuesday, October 8, 2013

Hoyeaahhh.. promo oktober sangat syioookkk! Shaklee Collagen Powder

Bulan ni (oktober 2013) ialah bulan kolagen... wahhh~.. tentu ramai yang akan cantik2 berseri2 lepas ni... hehe.. memang saya suka dgn Shaklee Collagen Powder (SCP) ni... bukan je setakat cantik dan berseri2, dengan fungsi kolagen tu sendiri boleh beri kesihatan tambahan kepada kita.. nak2 bila ianya sangat halus molekulnya yang memudahkan penyerapan terus kedalam kulit kita..

Ni yang saya suka tang SCP ni..
Dulu penah try kolagen, all in 1(hehe.. teringin gak merawat jeragat yang memang makin teruk sejak lepas matrik! gara2 pakai t***l*w*k, bila stop pakai tu terus jeragat berebut nak kua)
 sekotak rm299.. dah makan 2 kotak, masih belum ada apa2 perubahan..sedap memang sedap..tapi.....

SCP, makan 2 sachet dah terasa perubahannya.. betul2 pure, sangat halus, mudah sangat menyerap..
Ni cite malam td nak ambil SCP, sebelum tu dah 2 hari bibir pedih sbb saya kopek kulitnya (cuaca panas-sejuk & mndi kolam tempohari mgkin puncanya)..
Dijadikan cerita, masa nak hirupan last sekali xleh nak telan.so, ada lebihan bancuhan SCP kat bibir.. dalam 5saat(tempoh nak isi gelas dgn air minum) lebihan air tu ada dibibir.lepas je berjaya penuhkan gelas dengan air dan minum, terasa bibir terus lembap dan rasa pedih pun takde! betapa lajunya tindakannya..

Nak pilih, pilihlah yang betul.. risau pula dalam kita nak mengejar cantik / berat ideal kita bakal merisikokan badan kita..

Jomlah kita beli sama-sama SCP ni.. nak buat stok pun boleh! bukan setakat dapat SCP.. bila kita pakat ramai2 dgn kawan2 ke, adik beradik ke, makcik2 ke, atau 6 kotak tu kita simpan sendiri,
anda akan dapat:

  • sebotol coq10 health secara percuma!
  • sekotak lagi SCP secara percuma!
  • dapat pula cashback / bonus pada bulan depannya!
  • dapat keahlian percuma!
  • aiyaa.. pos pun percuma!
  • aiyooo.. banyak lagi.. jika anda berminat untuk teruskan sebagai bisnes, anda akan diguide dengan sebaiknya!
  • jika beli untuk kegunaan sendiri2, anda akan diberikan konsultasi secara percuma! 
hoho.. best x? memang bulan ni sangat meriah!!!

cepat2, kat branch / HQ memang beratuq orang nak beli.. jangan nangis ye kalau promo ni dah berlalu.. jangan terkilan kalau stok dah kena sapu~

PM laju-laju umi / ju
atau SMS 019-7344405

Sunday, September 8, 2013

[muslimah & business]

Assalamualaikum pagi ahad yang ceria dan murah rezeki  ...

malam tadi mendengar kisah dua wanita hebat dalam perniagaan dalam bidang masing-masing...

sorang secara live.. dah sampai rumah, dengar pula tentang seseorang secara maya..

setiap yang kita ceburi ada risikonya.. apa yang penting, mulakan dulu.. cari kehebatan masing2.. kalau xjumpa, korek dalam2.. setiap dari kita punya kehebatan itu..

hebatnya bila gabungan berdua.. 'berdua lebih baik'.. memang mantap!

kehidupan mereka nampak biasa.. tapi mereka sebenarnya luar biasa.. sangat bersederhana dan tidak meninggi diri..

buat apa-apa pun dengan sebaik mungkin.. kita buat apa yang kita minat, minat apa yg kita buat, .. do what u love, love what u did..

apa pun yang kita buat, bertambah hebat bila perintah Allah sentiasa dipatuhi, akhlak Rasulullah sentiasa dicontohi.. bila Allah & Rasul sentiasa didalam hati...

subhanallah,. masha Allah... Allahuakbar!

mereka dalam bidang mereka.. dan saya dalam bidang saya.. do the best on what u did! kalau banyak bidang yg kita cebur, banyak bidangla kita kena buat yang terbaik 

oohh~!!! love my life ^__________^ thanks Allah.. temukan saya dengan mereka yang sangat hebat!!

p/s: gambar hiasan yang ada banyak makna 



Ni bergambar sewaktu jam 12pagi.. hehe.. anak-anak masih ceria..



Sunday, August 25, 2013

Kulit Cantik dan Berseri

Kenapa Shaklee perlu digabungkan antara ESP,VITAMIN C, VIT E dan Vit B-Complex?

Kenapa Vitamin Shaklee bersinergi Vit C, B-Complex, Vitamin E dan ESP?

------------------------------------------

Synergy (teamwork) is a major key when taking nutritional supplements.

Kenapa perlu ESP?
Energizing Soy Protein membekalkan kesemua asid amino penting di dalam badan.

Protein merupakan makanan kepada sel.. Daripada sel2 akan membentuk tisu, tisu membentuk organ manakala organ membentuk sistem.

  • Sel>tisu>organ>sistem

Jika sel mendapat makanan yang cukup, sistem badan kita akan sihat dan penyerapan nutrien akan berlaku secara optimum.

Bukanke tiap2 hari kita akan makan protein?
Ya, dalam kehidupan harian, kita tidak lari daripada makan protein iaitu daripada sumber daging, ayam, telur, tenusu.

Tapi tahukah anda melalui proses pemanasan, asid amino penting telah musnah?

Pengambilan protein daripada sumber haiwan yang berlebihan akan menambahkan risiko GEMUK kerana terdapat banyak lemak dan kolesterol pada haiwan.

Dengan pengambilan ESP, anda tidak perlu risau lagi kerana anda mendapat asid amino penting yang cukup.
ESP bukan sahaja bebas kolesterol malah low glisemic index iaitu memberikan tenaga berpanjangan tanpa meningkatkan paras gula dalam darah.

Pengambilan ESP akan membantu membaiki sel2 yang rosak dan telah mati dan menjadikan kulit anda lebih berseri dan bermaya.

Adakah pengambilan ESP sahaja sudah cukup?
Ya, jika anda seorang yang mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Tetapi berapa ramai?
Faktor hidup dan alam sekitar banyak mempengaruhi keperluan diet harian, tanpa sedar nutrien di dalam makanan telah musnah sebelum kita memakannya.

Gabungan Vit B complex, Vitamin C dan Vit E adalah sebagai antioksidan yang menghalang proses oksidasi yang disebabkan oleh radikal bebas iaitu musuh senyap kita.

Pengambilan sinergi Vitamin Shaklee bukan sahaja baik untuk jantung, malah juga bonus untuk mereka yang mementingkan kecantikan.

Proses penuaan adalah sunnatullah iaitu lumrah alam tetapi ada cara untuk melambatkannya..

Ia juga sebagai bonus kepada pasangan suami isteri iaitu bertindak sebagai penjagaan dalaman.

Banyak khasiat yang bakal anda dapat. Kenapa perlu tunggu? Bertindak sekarang sebelum terlambat.. =)


-----
Dapatkan ESP, B-Complex, Vitamin E dan Chew C anda hari ini

Credit: ummuainan
Berminat? Hubungi segera: 019-7344405
Atau boleh beli di mana-mana branch Shaklee dengan menggunakan ID Shaklee: 910246

Saturday, August 24, 2013

PEPPERMINT GINGER PLUS: Khasiat dan Kebaikannya

APA DIA PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE?

SEKILAS FAKTA PRODUK


Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.

Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan

Sumber : Shaklee Malaysia

PERBEZAAN SHAKLEE

Kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur dan dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini.


Secara klinikal sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya , gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman

APA KANDUNGAN YANG ADA DIDALAM PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE?

Peppermint-Ginger Plus merupakan supplement yang dihasilkan daripada kombinasi 4 herba yang sangat bagus untuk penghadaman. Peppermint Ginger Shaklee ini dapat
membantu mengurangkan risiko masalah penghadaman. Peppermint Ginger mempunyai banyak khasiat dan kebaikan kepada mereka yang mengamalkannya.

Apakah 4 herba yang terdapat dalam Peppermint Ginger Plus Shaklee? Apakah Khasiat herba tersebut? 

1. DAUN PUDINA

❁ Membantu dalam proses penghadaman
❁ Membantu mengurangkan mabuk laut/darat atau morning sickness
❁ Membantu mengurangkan sakit gastrik, pedih hulu hati, cirit-birit
❁ Membantu mengurangkan kesan sampingan daripada kimoterapi (muntah, hilang selera makan)
❁ Merangsang pengeluaran peluh - mengurangkan risiko demam akibat selsema
❁ Membantu menajamkan pemikiran agar lebih fokus

2. HALIA


❁ Merangsang rembesan enzim Salvia untuk mencernakan makanan
❁ Melegakan sakit perut
❁ Mengurangkan sakit senggugut
❁ Membantu mengurangkan loya atau mual akibat morning sicknesss
❁ Mengurangkan rasa loya dan ingin muntah selepas pembedahan

3. FENNAL (POKOK ADAS)



❁ Membantu menghilangkan kembung perut
❁ Melegakan kesakitan perut
❁ Membantu mengurangkan masalah alergi pada saluran usus



4. CEKUR MANIS (ANISE)



❁ Melegakan masalah pencernaan
❁ Mengurangkan kesakitan akibat haid seperti senggugut
❁ Merangsangkan rembesan jus gastrik untuk pencernaan
❁ Membantu memberikan peredaran tenaga di dalam badan 



SIAPA YANG BOLEH AMBIL PEPPERMINT GINGER PLUS?


  • Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
  • Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
  • Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
  • Mereka yang sering mengalami kembung perut
  • Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan
  • Baru pertama kali cuba saya dah teruja dengan product ini. Saya jamin anda tidak menyesal. Jika anda tidak suka halia dan ingin dapatkan khasiatnya, mungkin boleh cuba product ini.

PELBAGAI CARA MAKAN PEPPERMINT GINGER PLUS.

Ada dua cara untuk menikmati dan merasai khasiat Pepper Mint Ginger Plus Shaklee. Yang pertama boleh ditelan begitu sahaja dan yang kedua, yang paling aromatik, boleh campurkan 2-3 biji Pepper Mint Ginger Plus Shaklee ke dalam teh o panas. Sungguh nyaman dan melegakan. Anda boleh amalkannya 2 atau 3 kali sehari dan dengan izin Allah, masalah anda juga akan selesai.



Membantu penghadaman : Ambil 3 biji selepas makan

Mencuci usus dan perut : Larutkan 3biji PAPPERMINT GINGER PLUS dan 10 biji Alfalfa di dalam air panas suam untuk diminum

Merawat sakit atau masalah gastrik, nausea, batuk : Ambil 3-5 biji dilarutkan dalam air panas menjadi teh herba
Kelegaan tekak, batuk, sendawa : Hisap 2 biji
Melegakan morning sickness (bagi awal kandungan) : 1-2 bj sehari sahaja


Berminat? HUbungi Segera: 019-7344405
Atau boleh beli di mana-mana branch Shaklee dengan menggunakan ID Shaklee: 910246

Saturday, August 17, 2013

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate

 
Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang  terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.
 
Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah
  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan
Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
  • Dinding
  • Permukaan dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perkakas
  • Benda-benda diperbuat daripada kayu
  • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)
Tahukah Anda?
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan
Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
Periuk, besen dan pinggan mangkuk
Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air
Tingkap dan cermin
Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean
Lantai
Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air
Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam

Perbezaan Shaklee
Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Chicken POx!!




Gambar menunjukkan tanda-tanda nak demam campak.. pagi tgk sebiji, malam dah berganda..


'oo.. ni chicken pox ni...'
'ha... yeke? eh.. afnan kena chicken pox la..~'
ohohoooo... saya tak tau kenapa saya bukan rasa sedih .. mungkin sebab antaranya saya & suami terus dapat detect awal.. balik je dari kerja (khamis, 15hb) terasa badan afnan dedar2, dan perasan biji tu mula2 tumbuh sebiji pada belakang cuping telinga dia, kini ada lagi satu tumbuh disebelah dia..

sebab masa tu baru 2 biji je yang tumbuh (kat kepala tak pasti time tu) .. antara lain, saya dah prepare awal2 untuk hadapinya.. ^_^ (terima kasih buat yang beri banyak tips & pengalaman) btul orang kata, bila kita dah sedia, apa-apapun nampak mudah..

balik klinik, terus cmpurkan sikit nutriferon dalam susu nya.. alhamdulillah, demam tak melarat.. cepat2 bancuh basic H2 (dua titik halus ke dalam bekas berisi air), dan ready kan herbal blend, letak dalam ni supaya mudah nak guna nanti..lotion yang doktor bagi, amat berguna time ni.. pantang je nampak biji tumbuh, terus letak..! oh ya.. ada cotton buds dalam set ni, tp ms snap ni, blum sediakan lagi.. :)



hari kedua:
di rumah mertua (mujur mmg time cuti lagi) dah tumbuh berganda2.. dalam 10-20 bj seluruh badan kecuali bahagian bawah lutut.. teruskan beri nutriferon (sachet yg sama masa hari pertama). sapukan lotion, dan bila nak lap, lap guna air biasa / air yang dah dibancuh.. masa ni tambah lagi air pada separuh bahagian botol biru tu.. basic H2 dah tak tmbah..

afnan memang takde merengek sangat.. main dgn terloncat2 dan happy (budak2.. sangat bahagia,kan >.< ) cuma malam tadi dia agak menangis. rasa sakit cucuk2 agaknya (sry, mama dah lupa rasanya mcmana. tp mama agak sakitnya mcm tu..) perut pun agknya blh rasa sakit2,kan?

pesan orang tua-tua,  
  • kalau goreng masak2, elakkan mereka berada dalam dapur..
  • beri air kelapa muda. ORI (hirup dari buahnya terus - tak letak dalam gelas/jug)
  • kurangkan aktiviti yang menyebabkan dia berpeluh - anginkannya.. kata mereka, lagi banyak berpeluh, lagi cepat tumbuh. rasanya bila berpeluh, mcm ruam, rasa gatal.
  • bila tumbuh biji, cepat2 letak lotion (klinik beri-seperti dalam gambar botol putih)

dah malam, makin banyak tumbuh.. makin banyak mama sapu lotion..

hari ketiga:
harini.. pagini, nampak ada yang dah hitam2.. mama tunggu je masa nak sapu herbal blend.. hehe.. untuk cepatkan pemulihan kulit & elakkan parut.. nanti bila dah boleh mandi, tak rasa pedih.

harini nak kemas2 tunggu kedatangan tetamu2.. kami tunggu tetamu jela nampaknya untuk minggu ini.. :)

insyaAllah.. biiznillah..wallahualam..