My LiFe~

My LiFe~
My Part Timer, My Inspiration, My Health ^_^

Info

Dapatkan Set Shaklee anda disini
Wakil Shaklee anda di Bandar Penawar, Pengerang, Felda Kledang/Tunggal/Adela/Sening, Felda Air Tawar, Sg. Mas, Bandar Mas, Lok Heng, Waha/Simpang Waha/Easter.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Hubungi/email: ju_262_umi@yahoo.com

Friday, August 5, 2011

ROTI SOSEJ


Nampaknya sempena bulan Ramadhan ni, otak lebih kepada makanan & motivasi.. hehe.. Harini try buat roti sosej..jadi ke x?ni la hasilnya..resepi buh sendiri..kalau nak tgk yang diorang buat & berjaya ada di bawah ni..nak tengok yang saya punya?kuikuikui.. tunjuk gambar je dulu..kalau sempat saya sertakan resepi saye..
Oppss..jgn lupa baca sampai habis..Sebab ada PETUA pasal roti..ni saya ambil dari link :http://yatiecooking.blogspot.com/2009/06/roti-sosej.html

SELAMAT MENCUBA~!
-------------------------------------------------------------------------------
ROTI SOSEJ

Penyumbang resipi Yatie tak ingat le ... sebab nak cepat salin sampai terlupa nama penyumbang resipi. Tapi Yatie rasa macam ambil di Mamafami atau Mamazieza .... Anyway, maaf kepada penyumbang resipi jika namanya tak tertera di sini.

ROTI SOSEJ

BAHAN2:
190ml air
400gm tepung roti
5 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur ayam
2 sudu kecil yis
60gm butter
Sosej yang mencukupi (direbus terlebih dahulu)

CARA2:
1. Tepung, susu tepung, garam & telur dikacau sebati (BAHAN A)
2. Bancuh gula dengan yeast dalam air suam (BAHAN B)
3. Masukkan B dalam A gaul sebati dan masukkan butter, uli sehingga lembut
4. Biarkan 45 minit - 1 jam atau sehingga roti naik 2 kali ganda
5. Uli doh mengikut bentuk yang dikehendaki, biarkan selama 10 - 15 minit sebelum dimasak
6. Untuk menampakkan roti berkilat diatas, boleh le disapu adunan susu segar & telur kuning diatasnya.
7. Dibakar dengan suhu yang tinggi 200C selama 10 minit dan kemudian diturunkan suhu kepada 180C selama 10 - 15 minit. Ini semua bergantung kepada kesesuaian oven masing-masing ye jadi kena pandai agak-agak juga. Kalau rasa dah masak boleh le diangkat.

TIPS UNTUK MEMBUAT ROTI:
Nak diikutkan senang juga nak buat roti cuma yang lecehnya adalah proses menguli, mengembang & memasak. Disini Yatie sertakan beberapa tips untuk membuat roti mengikut pengalaman sendiri le ye. Pengalaman selalu asyik tak jadi ... heheheheeh

MENGULI:
1. Mesti diULI. Kalau tak ULI tak jadi beb. Boleh pakai tangan atau mesin. Kalau pakai tangan, berpeluh tu, mengambil masa dalam 15 - 20 minit. Kalau pakai mesin 10 -15 minit. Kalau pakai breadmaker, lagi senang mengikut masa yang telah ditetapkan aje.
2. Lagi lama diuli, lagi cantik doh ye .. almaklumle ... nak cepat siap

MENGEMBANG:
1. Selepas doh diuli, kita kena biarkan dalam 45 minit hingga 1 jam untuk doh mengembang. Itu yang orang selalu sebut biarkan doh naik sehingga 2 kali ganda.
2. Untuk proses ini, Yatie selalunya akan biarkan doh di mangkuk & ditutup dengan kain lembab.
3. Jangan sampai doh terlampau naik ye sebab dia akan turun bila dibakar. Sebab itu kena tengok yang mana dulu, 45 minit hingga 1 jam atau doh naik 2 kali ganda.

MEMECAHKAN DOH:
1. Doh yang naik tadi hendaklah ditumbuk-tumbuk bagi membuang karbon dioksida didalamnya & mengembalikna yis kepada kedudukan asal.
2. Selepas itu barulah boleh diuli mengikut bentuk2 kecil yang dikehendaki.

MENGEMBANG KALI KE-2:
1. Selepas doh diuli mengikut saiz, biar kan ia seketika. Ini kena ikut resipi tersendiri le ye. Ada yang memerlukan sesingkat 15 minit & ada juga memerlukan 30 minit untuk dibiartkan sebelum dibakar.

MEMBAKAR:
1. Roti perlu dibakar menggunakan suhu yang tinggi mengikut resipi masing-masing

ROTI YANG CANTIK:
1. Untuk mendapat kulit roti yang lembut - Selepas roti dibakar & sebaik shj dikeluarkan dari oven, roti disapukan dengan mentega cair atau campuran susu segar & telur
2. Untuk kulit roti yang rangup - Sapukan roti dengan aor yang dicampurkan dgn sedikit garam sebelum dibakar
3. Untuk kulit roti yang berkilat - Sapukan roti dengan susu segar yang dicampur dengan telur & gula halus

SELAMAT MENCUBA BUAT SEMUA!!!!


------------------------------------------------------------------------

oh..alhamdulillah,sempat lagi taip sementara tunggu makanan dalam perut hadam sebelum memulakan solat maghrib (kejap je tau!)

ROTI SOSEJ

500gm tepung gandum
1 bungkus yis mauripan

1 biji telur (pukul sikit)
5 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 sudu besar shortening
2 +- sudu besar minyak masak
400 - 500ml air suam

Sosej secukupnya (rebus dulu)
1. Gaul tepung gandum + yis. Tunggu sehingga 5 minit.
2. Masukkan bahan-bahan yang lain ke dalam satu bekas.
3. Setelah 5minit, uli semua-semua bahan.

rasanya langkah yang lain boleh ikut diatas, sambung langkah 4..hehe

tepuk dada, tanya tangan & selera.. pilihlah yang mana berkenan~!

No comments:

Post a Comment