My LiFe~

My LiFe~
My Part Timer, My Inspiration, My Health ^_^

Info

Dapatkan Set Shaklee anda disini
Wakil Shaklee anda di Bandar Penawar, Pengerang, Felda Kledang/Tunggal/Adela/Sening, Felda Air Tawar, Sg. Mas, Bandar Mas, Lok Heng, Waha/Simpang Waha/Easter.
Penghantaran ke seluruh Malaysia.

Hubungi/email: ju_262_umi@yahoo.com

Wednesday, February 13, 2008

pewaris hati Qarun?

Kekayaan sebenar bukanlah kerana 'memiliki'.
Kekayaan sebenar bila tidak 'dimiliki'

Wahai diri yang bakhil, keluarkanlah hak orang lain yang engkau anggap hakmu.
ya, engkau yang memerah keringat.
ya, engkau yang penat berfikir.
Tetapi dengan tenaga siapa kau berusaha?
Tangan, kaki, bahu dan segala pancainderamu milik siapa?
Kau bukan pemiliknya..
Kau hanya peminjam..
Begitu juga dengan akal, hati dan perasaan yang kau gunakan untuk berfikir, merasa dan bertindak.. milik siapa segalanya?

Usahamu, segalanya adalah dengan 'modal pinjaman'.
Engkau perlu pulangkan semula..Membayarnya semula..
Kepada siapa? Kepada Allah? Dia Maha Kaya..Dia tidak perlukan itu semua.
Namun Dia perintahkan agar 'modal pinjaman' itu dipulangkan kepada hamba-hambaNya yang memerlukan..

Tangan jangan terlalu dibukakan..
Tangan jangan terlalu digenggamkan..
Titik tengah antara boros dan bakhil,...itulah pemurah

--Dipetik dari Pewaris hati Qarun
oleh Pahrol Mohamad Juoi
Majalah Anis, feb 2008
dan diubahsuai--

No comments:

Post a Comment